Thursday, December 31, 2009

Sunday, December 20, 2009

~ hari yang suram...

~ Dec 20...hari ku berlalu dengan begitu suram sekali, terasa begitu 'lonely' dan kosong...terasa begitu lemah sekali, maybe disebabkan oleh tidak tidur semalaman...terasa masa begitu perlahan berlalu, jam setiap masa ku perhatikan, menantikan masa bilakah dapat ku berbual dengannya, terasa begitu rindu sekali kepadanya...
~ Jam 0240 petang aku menerima message darinya yang menyatakan dier dah sampai rumah, setelah beberapa message diterima dan dibalas dengan janji untuk bertemu dilaman cyber, tak tau apa yang berlaku, maybe aku sendiri yang salah cakap, keputusan untuk mendiamkan terus dibuat olehnya, pm ku di ym juga tidak berbalas dengan statusnya yang menyatakan moodnya yang tidak baik, sms ku juga tidak mendapat balasan....dengan kebodohanku sendiri, akhirnya aku sendiri yang terpaksa menanggungnya.......
~ Saat ke minit, minit ke jam, aku menunggu sekiranya dier berubah fikiran dan akan membalas pm ku tadi but sehingga ke waktu ini tiada apa2 balasan yang ku terima...'serve ur right Nurul Aleyssa'
~ 5 petang, waktu untukku menyiapkan diri, bermula tugasku pada malam ini setelah 3 hari meninggalkan unit, hopefully semuanya okey walau dapat ku rasakan aku yang tak okey....

Saturday, December 19, 2009

~ :)

~ Dec 19...hariku bermula dengan menghadiri class seawal jam 0830 hrs, segalanya bermula dengan sempurna...walaupun topik class pada hari ini agak begitu membosankan but ader setengah part yang begitu menarik perhatianku...class diselangi dengan break yang tidak sebegitu panjang but kuluangkan break yang ader dengan call 'si dia', setiap masa dier sentiasa dalam ingatan walaupun sesibuk mana hari ku, aku akan pastikan yang dier aku hubungi walaupun seminit, cukup dengan mendengarkan suaranya dan hari ini aku tahu dier sibuk dengan tugas yang perlu diselesaikan...
~ 10 minit sebelum 4 petang, class ditamatkan dengan sessi soal jawab dan aku telah mengambil keputusan untuk pulang lebih awal walaupun ader kawan yang mengajak membincangkan kembali topik sebentar tadi...
~ aku mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki teksi tanpa menunggu pemanduku, hopefully if sampai awal, aku akan dapat spend masaku dengan 'si dia', melalui ym :)
~ setibanya dirumah, pesanan ringkas aku sent untuk 'si dia' dengan menyatakan yang aku telah sampai di rumah but......???? Penantian memang satu penyiksaan.....
~ 10 malam, masa untuk merehatkan diri dan mata but aku tau apa yang pasti aku takkan dapat melenakan mataku sepanjang malam ini...GUD NITE EVERYONE N SWEET DREAMS

Monday, December 14, 2009

~ kembali lagi....

~ Dec 14...
14hb datang lagi, satu tarikh yang begitu memberi makna di dalam hidupku, satu tarikh dimana aku diberi peluang untuk melihat keindahan dunia, tarikh aku berpeluang menumpang dan berkongsi kasih sayang dengan 'si dia' dan juga merupakan tarikh 'si dia' dilahirkan...ini bermakna bertambah lagi usiaku dan bertambah juga usia perkenalan aku dengan 'si dia'... 'HAPPY ANNIVERSARY' :)

Sunday, December 13, 2009

~bersendirian....

~ Dec 13...kepenatan semalam masih lagi terasa, semalam begitu sibuk sekali keadaan unit, namun semuanya dapat diatasi dengan teamwork yang ada...
~ walaupun kepenatan begitu terasa sekali namun semalaman aku tidak dapat melelapkan mata, maybe terlalu banyak yang ader di dalam fikiran...walaupun hari ini merupakan cuti untukku but aku rasa takde pun bercuti, aku lebih rela lagi bekerja dari duduk dirumah, lonely sungguh aku rasakan bila dirumah, tiada teman untuk berbual apatah lagi untuk bercerita, semuanya busy dengan kehidupan masing2...
~ untuk yang tersayang, lisa doakan cepat sembuh dari selsema tu dan gud luck untuk game hari nie...

Friday, December 11, 2009

~lovely day....

~ Dec 11...agak lewat pagi ini ku sedar dari lena, mungkin disebabkan kepenatan semalam masih belum hilang...setelah mandi dan menyiapkan diri, aku terus turun ke bawah untuk sarapan pagi...hari ini aku dan kawan2 telah merancang untuk mengikuti dessert trip, agak mencabar juga katanya trip kali ini....
~ Jam 1300 hrs, setelah berkumpul kami semua di bawa ke King Faisal Hospital untuk dibawa ke tempat yang telah ditetapkan bagi trip tersebut...dari King Faisal Hospital, aku dan 3 kawan yang lain telah dibawa ke Brown Herd (nama dessert yang kami lawati). Agak mencabar perjalanan kami, dengan laluan yang berbatu, turun naik bukit dan keadaan yang berdebu memang menguji ketahanan kami...kira2 jam 0230 petang, kami dengan selamatnya telah sampai ke tempat tersebut, agak ramai juga peserta yang telah hadir...setelah sessi pendaftaran berakhir, kami semua peserta diberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang trip tersebut, bermula dengan hiking (kami memilih untuk mengikuti long distance walk), aktiviti yang begitu mencabar sekali yang menguji daya stamina dan ketabahan kami para peserta...setelah bertungkus lumus mendaki bukit dengan laluan yang penuh mencabar, akhirnya sampai juga aku dan kawan2 dikemuncaknya, alhamdulillah...Ya Allah, indahnya sungguh alam ciptaan-Nya, dari atas dapat ku perhatikan begitu indah sekali keadaan persekitaran dengan bukit2 batuan yang begitu unik sekali....satu lagi cabaran yang perlu dilalui oleh kami, iaitu cabaran menuruni bukit dan penuh dengan curam batuan, agak menguji ketahanan fizikal dan mental...setelah hampir satu jam menuruni curam yang begitu mencabar, sampai juga akhirnya kami dipermukaan bumi, fuhhhh!!!, nak tercabut lutut dibuatnya but memang best sekali :)
~ Jam 0730 malam, dengan selamatnya aku sampai ke villaku setelah dihantar pulang oleh Ian, seorang kawan (canadian) yang kami kenali semasa trip tersebut....penatnya badan
~ Setelah membersihkan badan dan minum susu, masanya untuk merehatkan badan, tidur. Takkan dapat lena sekiranya tak ku dengar suara sayang terlebih dahulu, lalu sayang ku hubungi...alahai, ciannya dier, masih belum sihat lagi, risau mendengarkan suaranya yang begitu serak dan macam dalam kelemasan sahaja, selsema masih ader katanya...semoga cepat sembuh sayang. Get well soon...
~ Jam 10 malam, waktu untuk tido....GUD NITE SAYANG & GUD NITE EVERYONE :)

~ busy day...

~ Dec 10...hari yang agak busy untukku, bermula seawal jam 7 pagi aku telah memulakan tugas setelah 3 hari bercuti...sebagai team leader, begitu banyak yang perlu aku lakukan, dari kebajikan pesakit hingga lar ke break coverage...awal pagi berlalu dengan tenang sekali, sehingga lar jam 11 pagi, keadaan unitku menjadi agak busy when one of patient went to arrested while sitting on the chair, after few minutes resuscitation, patient revived and unit became quiet again...
~ Tugasku berakhir dengan kemasukkan seorang pesakit baru, a lots of things have to be settle but everythings it's more easy with good team works, it last only for less than hour...
~ Kesibukkan bekerja diganti dengan kemeriahan parti yang dihadiri, 'End of the Year Party'...agak ramai juga teman2 yang hadirkan diri, bermula dengan jamuan makan dan diselangi dengan tarian yang begitu menghiburkan, terlupa seketika kepenatan yang dilalui sebentar tadi...berakhirnya parti kira2 midnight dan masing2 mula mengundurkan diri, tidak terkecuali juga aku yang tiba di rumah kira2 jam 1230 malam....begitu penat sekali dirasakan, begitu juga mata yang menjadi begitu layu sekali, tandanya mengantuk yang teramat sangat, 'time for bed'....'GOOD NITE EVERYONE N GUD NITE MY LOVE :)

Wednesday, December 9, 2009

~ masa2 yang berlalu....


~ 3 bulan berlalu dan ini bermakna 3 bulan tidak ku ceritakan dan berkongsi ceritaku dengan yang lain....August berlalu dengan bermula puasa bagi semua umat Islam dan august juga membawa aku dengan 3 sahabat baikku (kasturi, nabima & eliska) ke negara europe iaitu Barcelona, Sepanyol bagi menghadiri European Society of Cardiology Congress. Seawal pagi 28hb August @ 0430 hrs, kami telah ke airport. British Airways, flight yang membawa kami ke Madrid dengan transit selama 2 jam di Heathrow Airport, London. Malangnya kami telah terlepas flight untuk ke Barcelona dari Madrid disebabkan kelewatan flight dari London, so kami terpaksa mengambil domestic flight untuk ke Barcelona....Kira2 jam 0830 malam dengan selamatnya kami tiba di Barcelona, alhamdulillah. Indah sungguh ciptaan Tuhan, memang menarik sekali Barcelona ditambah lagi dengan keramahan penduduknya. di Barcelona kami telah menyewa sebuah apartment dengan sewa 200 euro/person, not bad, memang selesa...

~ Walaupun hari2 kami penuh dengan jadual yang perlu dihadiri semasa congress tersebut tak bermakna tiada kesempatan untuk kami berempat melawat tempat2 yang menarik di Barcelona...sehabisnya topik yang terakhir kira2 jam 3 petang kami menghabiskan masa hingga ke lewat malam dengan melawat ke tempat2 yang menarik di sana, seperti Sagrada Familia (memang menarik dan amat unik binaannya, merupakan church yang terbesar dan unik di dunia), tak terkecuali Funicular Tabidabo, Gaudi, Pelabuhan Barcelona & St Joseph La Boqueria (fruits market yang begitu popular di Barcelona, antara tempat tarikan pelancong). Walaupun agak penat dengan apa yang dilalui but it's very enjoy, lovely trip....

~ Holiday kami diakhiri dengan trip to London, agak sejuk di sini ditambah dengan hujan but itu semua tidak menjadi halangan untuk kami enjoy di sana...tempat yang sempat kami lawati Bigben, Buckingham Palace, Eyes of london & Madam of Tassauds...
September...bulan puasa atau ramadhan yang penuh dengan kenangan suka dan duka, dari London ke Malaysia, aku meneruskan cuti yang ada, berjumpa dengan orang yang paling ku sayang, melepaskan rindu yang sekian lama dipendam dan menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sakoz, sekian lama tidak dapat berkumpul, akhirnya dapat jua bertemu walaupun ader jua yang tidak dapat menghadirikan diri dengan alasan tersendiri, agak menghampakan sikit. Pertemuan tersebut tidak hanya diakhiri dengan makan2 tetapi dibawa ke pertandingan bowling lak, bertempat di ampang bowl summit, masing2 berentak menunjukkan kehebatan dan skill masing2, memang menyeronokkan dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama2...4 hari ku abiskan cuti bersama sayang, jika diikutkan aku terpaksa balik untuk meneruskan tugas but cuti yang pendek telah bertambah lagi untuk 2 minggu, itupun atas budi bicara dengan 'boss' ku, alhamdulillah dapat juga aku beraya di Malaysia........
~ Memang bahagia sekali dapat beraya bersama2 keluarga dan orang tersayang but apa yang diimpikan tidak semestinya menjadi kenyataan, segala-galanya hancur berkecai, bonda menjadi begitu lain sekali setelah apa yang dirancangkannya untukku telah ditolak dan tidak sesekali aku menyangka yang bonda akan menjadi begitu kasar dengan diriku, tidak seperti bonda yang ku kenali sebelum ini, maybe aku bukan anak yang baik, sebab itu bonda bertindak sekasar itu but aku ader hidup aku sendiri dan aku berhak membuat pilihan....
~ Aku sendiri pun tak tau apa salah dan apa yang tak kena dengan diriku, bukan bonda sahaja yang upset dengan diriku malah orang yang paling ku sayang dan paling rapat dengan diriku pun upset dengan diriku, Tuhan sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ini juga dugaan dari-Nya buat diriku, terasa diri disisih, tidak dipedulikan dan seperti tidak diperlukan lagi, itulah apa yang dapat aku rasakan, sebaik mungkin aku cuba memberi yang terbaik untuk insan yang kusayangi, mencuba menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibubapanya but apa yang pasti aku gagal....
~ tiada kata lagi yang mampu aku katakan, cuma airmata yang menjadi peneman sepanjang perjalanan meninggalkan tanahair, bukan ini yang aku mahukan tetapi itu yang aku perolehi, sesuatu yang tak pernah aku jangkakan....
October...kembalinya aku ke Riyadh untuk menyambung kembali tugas yang terhenti untuk beberapa ketika dengan perasaan bercelaru...ternyata sedih dan airmata yang sentiasa menemani diri, tak tau apa yang sedang difikirkan oleh bonda dan juga 'si dia' pada ketika ini but ternyata aku telah hampakan kedua2nya...
November...2 bulan berlalu, namun sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku tetap menghantui diri, walaupun semuanya dikatakan kembali seperti sediakala but sesekali terimbas jua apa yang berlaku... Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
~ Percutian ke Paris dirancang, flight dan penginapan serta segalanya telah tersedia but tidak semua apa yang dirancangkan menjadi kenyataan...aku dikejutkan dengan berita kemalangan abang said di India dan keadaannya agak parah...dengan berita tersebut telah membuat aku terpaksa melupakan percutian yang sepatutnya aku habiskan di Paris...percutian ke Paris bertukar menjadi percutian di India satu pengalaman yang paling tidak dapat ku lupakan, 'pengalaman kelakar seram' itu yang paling tepat perlu diberikan untuk percutianku kali ini...melawat ke sebuah negara yang boleh dikatakan antara negara yang termiskin di dunia memang amat menyedih dan ini merupakan first and the last aku ke India...
December...menjelmanya ia bermakna begitu hampir tahun baru akan menjelma dan bakal meninggalkan 2009 yang penuh dengan pelbagai kenangan pahit mahupun manis...:)




























































Sunday, August 23, 2009

~Ramadahan Kareem.....

~ Hari ke-2 umat Islam berpuasa, begitu cepat masa berlalu dirasakan...first ramadhan berlalu dengan begitu cepat sekali dan hari pertama berpuasa begitu sedih buatku, mana taknya setelah hampir satu hari berpuasa aku dilanda masalah kesihatan, sakit kepala yang begitu sukar untuk ditanggung, sampaikan terasa begitu berat untuk membuka mata, ditambah lagi dengan rasa yang begitu meloyakan, hampir2 batal puasaku hari nie dibuatnya...aku sendiri tak tahu kenapa, tak pernah pula kurasakan sebegini sakit sebelum2nya....hopefully hari ini, hari ke-2 berpuasa aku akan diberikan kesihatan yang baik dan diizinkan melaluinya dengan kesihatan yang baik...insyaallah :)

Friday, August 14, 2009

~memori....

~ 14hb datang lagi, ini bermakna bertambah lagi usia perkenalan dan perhubungan aku dengan 'si dia', pelbagai kenangan yang tak mungkin aku terlupakan...'si dia' begitu sempurna dan terlalu baik untuk untuk diriku, malah ada masanya kurasakan diriku tidak layak berada disisinya, mungkin tidak sesempurna gadis atau wanita yang menjadi idaman dan impiannya...bagi diriku, dirinya terlalu berharga, setiap masa dan saat ingatanku sentiasa dengannya, kadangkala dapat kurasakan melebihi ingatanku terhadap kedua orang tua ku...

Saturday, August 8, 2009

~lonely....

~ sudah agak lama tidak ku jenguk blog comel nie, bukan busy cuma tak berkesempatan je....kepenatan dan keletihan bekerja semalam masih terasa ditambah lagi dengan kepenatan tidak tidur semalaman...seawal jam 9 pagi, aku melangkahkan kakiku ke hospital, ada hal penting yang perlu diuruskan.

~ aduhai!, tak kusangka begitu banyak sekali masalah yang perlu kutempuhi pada hari nie, segalanya perlu diselesaikan dengan segera, tiada teman yang boleh berkongsi masalah yang ada, kawan2 semuanya sedang menjalankan tugas masing2, nak ku adukan kepada engku n bonda, tak sampai hati lak aku nak merisaukan mereka, apatah dengan jarak kami yang begitu jauh, nak ku adukan kepada 'si dia', 'si dia' terlalu busy dengan kawan2nya dan juga rancangan mereka....

~ 3 petang, sampai juga aku di villaku walaupun beberapa masalah masih lagi tidak dapat ku selesaikan dan sampai saat ini juga, tidak ku dengar atau menerima sebarang message dari 'si dia', terlalu sibuk agaknya, aku doakan 'si dia' selamat sentiasa....

Thursday, July 30, 2009

~ hari2 yang berlalu...

~ lebih 3 hari tidak kulayari blogku ini, nak dikatakan aku busy, tidak pun cuma kebelakangan ini mood aku tidak berape baik dan stabil, aku sendiri pun tak pasti kenapa...walau apapun ku harapkan hari ini hari yang baik untukku, diharapkan kegembiraan akan menemani aku sepanjang hari...

~ hampir satu minggu aku merehatkan atau direhatkan atau diberikan cuti (banyak lak atau yer), terasa boring tu ada lar gak but aku buat cam biasa, melayari internet dan chatting dengan kekawan internet...semalam aku pi shopping ngan kawan untuk menghilangkan boring yang ada, banyak gak yang telah aku 'spent'kan untuk shopping, mana taknya sekarang nie tengah sale gila2, ada lar 2-3 helai baju yang dibeli....

~ pagi ini, lebih kurang jam 8 aku telah pun sedar dari lena, setelah selesai mandi dan breakfast, aku melayari internet dan berbual ngan kawan2 internetku yang masing2 sedang sibuk bekerja...sesambil itu aku juga mendengarkan sakozfm, terhibur gak dengan celoteh dj yang sedang bertugas (dj ct_a).

Sunday, July 26, 2009

~ kesayanganku...

~ Setiap individu mempunyai hobi dan kesukaan yang tersendiri, begitu juga dengan aku sepertimana yang pernah aku ceritakan salah satu hobi aku adalah membaca novel...boleh dikatakan agak banyak juga koleksi novel yang aku ada, antaranya:-


  • Janjiku Bersamamu
  • Bayu Asmara
  • Tirai Semalam
  • Cinta Rahsia
  • Semusin Rindu
  • Jangan Kau Tangisi
  • Syurga Di Hati
  • Terima kasih Kekasih
  • Tiada Lagi Mimpi
  • Saat Mencintaimu
  • Sempadan Tanpa Seri
  • Selamat Tinggal Sayang
  • Tika Rindu Berlagu
  • Secebis Kasihmu
  • Setulus Cinta
  • Harum Cempaka
  • Malam Ini Kita Semua Menangis
  • Love Me Forever

~ 1145 hrs, masa untuk ke kelas.....

~ 1600 hrs, balik dari kelas, agak awal sikit kelas abis hari nie, biasa lar simple topic...aduhai, panasnya lar cuaca nak terbakau rasanya :) ....sesampai di bilik, tak lain tak bukan perkara pertama yang aku lakukan ialah mencapai lappyku, lalu ku onkan dan apa lagi lalu ku layankan sakozfm, ader dj lar, my favourite dj lar siapa lagi if bukan dj nai :)

Saturday, July 25, 2009

~ cuti2 riyadh :)

~ Hari ke-2 bercuti, macam biasa tiada apa yang menarik, perkara yang sama dilakukan, memang membosankan but itulah kehidupan anak rantau (cam copy n paste jer ayat tu yer ;)) ), kena kuatkan semangat dan jangan membosankan diri sendiri, itulah kata2 yang pernah diberikan kepadaku...

~ seawal 0730 pagi aku sudah bangun, sesudah mandi dan breakfast, seperti biasa aku pun melawat dan menjenguk kawan2 yang ada di channel sakozfm dan di ym, meriah gak disakozfm dengan kehadiran chatter2 yang begitu asyik berbual dan mengenakan antara satu sama lain sesambil mendengarkan sakozfm...

Thursday, July 23, 2009

~ HyeMsBlog....

Hye MsBlog,

~ Semalaman aku tidak dapat melelapkan mata, usah ditanya kenapa kerana aku sendiri pun tak tahu mengapa...apa yang aku tahu, ada sesuatu yang mengganggu fikiran yang menyebabkan lena dan mimpi tidak sudi mendatangi aku...no matter what happen, life must goes on, kehidupan perlu diteruskan, itulah ayat2 yang perlu dipegang seperti apa yang diucapkan oleh dj nai ketika mengendalikan segmen cetusan lewat malam tadi...memang betul apa yang dikatakannya, apa pun yang terjadi, apa jua rintangan yang datang, kehidupan perlu diteruskan walaupun cukup memeritkan dan kadangkala menagih airmata...tidak semua dapat memperolehi kebahagiaan sepertimana yang diimpikan, apa yang dapat dibuat hanya berserah kepada-Nya....

Wednesday, July 22, 2009

~ friends...

~ Seawal 0730 pagi, aku telah dikejutkan dengan panggilan telefon dari bonda...awalnya bonda call hari nie, setelah beberapa minit berbual aku cuba menyambung kembali tidur yang terganggu tadi, aduhai...mata nie takmo pejam lak, lalu ku duk termenung dan memikirkan apa yang nak dilakukan pada hari ini, hari ke-3 bercuti memang membosankan, setiap hari tak tau lagi apa yang nak dilakukan, nak baca novel, semuanya dah habis dibaca, nak mengemas, tiada apa yang nak dikemas, nak keluar, panas semacam kat luar tu lagipun tiada kawan yang boleh diajak pi jalan2, semuanya bekerja...hurmmmss

~ sesambil itu juga aku mendengarkan sakozfm, radio yang memang 24 jam aku layan, tak pernah miss kecuali if aku kerja...terhibur dibuatnya mendengarkan celoteh dj2 di sakozfm. ketika ini kedengaran suara dj Raja_Ego yang sedang ke udara, salah seorang dj yang suka berceloteh dan suka mengenakan sesiapa saja sepertimana dj2 sakoz yang lain but dj yang paling aku suka dah tentu lar dj nai (yang jauh2 di mata, dekat2 di hati tu :) )...walau apa pun sakozfm tetap the best online radio.


FOREVER FRIEND

Sometimes in life you find a special friend
Someone who changes your life just by being part of it.
Someone who makes you laugh until you can't stop
Someone who makes you believe that there really is good in the world.
Someone who convinces you that
there really is an unlocked door just waiting for you to open it.
This is Forever Friendship ~ SAKOZ

Tuesday, July 21, 2009

~ kerinduan...


~ entah kenapa hari ini kurasakan berlainan sekali, perasaan bercampur aduk, kehilangan mood dan apa yang pasti sekali, rasa rindu kepada 'si dia' begitu berlainan sekali dengan rasa rindu yang kurasakan sebelum ini, begitu juga kerinduan serta ingatan kepada engku dan bonda...adakah mimpi yang ku alami malam tadi mempengaruhi apa yang kurasakan hari nie? entah lar, aku sendiri pun tak tau...

~ aku cuba meluahkan apa yang kurasakan kepada 'si dia' tapi 'si dia' pun semacam tiada mood untuk berbual...hanya satu tempat yang boleh kuluahkan apa yang ku rasa, blogku...aku tau dengan meluahkan serta berkata-kata dengan keyboard dan menyusun abjad2 di layar putih tidak akan dapat membantu menyelesaikan masalah yang dialami tapi sekurang-kurangnya aku dapat meluahkan apa jua yang aku rasa, hanya di sini aku boleh melepaskan apa yang dirasa...

Sunday, July 19, 2009

~ be yourself...





Accepts you as you are
Believes in "you"
Calls you just to say "HI"
Doesn't give up on you
Envisions the whole of you (even the unfinished parts)
Forgives your mistakes
Gives unconditionally
Helps you
Invites you over
Just "be" with you
Keeps you close at heart
Loves you for who you are
Makes a difference in your life
Never Judges
Offers support
Picks you up
Quiets your fears
Raises your spirits
Says nice things about you
Tells you the truth when you need to hear it
Understands you
Values you
Walks beside you
X-plain things you don't understand
Yells when you won't listen and

Zaps you back to reality
~ untuk membuatkan orang lain gembira dan bahagia bukan lar satu perkara mudah...apatah lagi orang yang kita sayang dan termasuk lar orang-orang yang berada hampir dengan hidup kita...kadang2, ianya memerlukan pengorbanan apatah lagi kekuatan semangat dalam menghadapi apa jua yang datang walaupun kadangkala ianya selalu mengundang airmata...tak salah sekiranya pengorbanan yang diberikan berganti dengan kebahagian dan senyuman orang2 yang kita sayang...

Saturday, July 18, 2009

~ morning2


~ Seawal jam 0457 pagi, aku dikejutkan dari lenaku yang penjang dengan kehadiran message dari 'si dia', hati tertanya, awalnya dia bangun...ku cuba mencari kembali lenaku yang hilang sebentar tadi dengan memejamkan mataku, sayup2 ku dengar suara seseorang yang amat ku kenali pemiliknya...lantas, volume laptopku dibesarkan, 'si dia' sedang ke udara rupanya, terasa segar sikit mataku mendengar suaranya yang kedengaran seperti keletihan sahaja, mesti dalam kengantukan tu ;))

~setelah hampir 3 jam menyambung lena yang terputus, aku terjaga kira2 jam 8 pagi...teringatkan 'si dia', miss him so much, bila lar dapat berjumpanya lagi....
tiada kata secantik bahasa,
nak kucurahkan rasa hatiku.
tiada gambar seindah lukisan,
nak kutunjuk perasaanku.
tiada bahasa seindah puisi,
nak kucurahkan apa yang terpendam di hati.
tiada cahaya seindah bulan,
nak kuberi misalan pada harga sebuah cinta.
tiada gula semanis madu,
nak kubayangkan rasa rinduku padamu.
tiada rasa sedalam cinta,
hanya iringan sejernih linangan air mata.

Friday, July 17, 2009

~ hari2 baru....

~ Hari baru bermula lagi, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan semoga hari2 baru yang menjelma menjanjikan sesuatu yang indah dan yang terbaik untuk kita, insyaallah...
~ begitu juga dengan kehidupanku yang perlu diteruskan walaupun ingin rasanya aku kembali ke masa lalu membetulkan kesilapan yang ada....
~ semalaman aku cuba melelapkan mata tapi bukan semudah yang disangkakan, bermacam yang bermain dalam fikiran membuat mataku agak sukar untuk lena....malam berganti siang, gelap bertukar cerah dan mataku masih segar dan masih tak mahu lena...
~ satu lagi hari yang membosankan perlu ku lalui, hari kedua bercuti. aku sendiri tak tau apa yang nak dilakukan selain membaca novel dan melayari internet....

~ lebih kurang jam 8 malam di riyadh, berkumandang suara 'si dia' di udara sakozfm, ramai gak listener yang mendengarkan celotehnya, tak henti2 menceceh ;))...terhibur hati dibuatnya, terlupa seketika apa yang telah berlaku sebentar tadi...sesambil mendengarkannya ke udara di sakozfm, sesambil itu juga kami berbual sambil melihat sesama sendiri, wajah yang begitu aku rindukan...tercapai juga apa yang aku inginkan dari semalam lagi, mekasey sayang...

Thursday, July 16, 2009

~ morning MsBlog....

~ Sayup2 kedengaran lagu 'dialah hati', mengejutkan aku dari tidur yang lena, jam dicapai lalu ku lihat jam baru menunjukkan pukul 0600 di pagi hari....arrghhh!!! masih awal rupanya. Ku cuba pejamkan mata, hopefully dapat lena kembali...dalam ku cuba melenakan mata, KriNGggg!!! phone sebelahku lak berbunyi, mengejutkan aku saja...aduhai, siapa lar yang mengganggu ketenteraman aku di pagi hari nie...rupa2nya rina, mengajak aku menemankannya pergi berenang...

1000 hrs

~ setelah puas berendam, aku dan rina kembali ke villa...pelbagai citer yang kami bualkan, kadang2 gelak sakan kami dibuatnya dan ader masa begitu serius sekali muka rina bercerita...rina memang seorang kawan yang baik dan menghiburkan hati sesiapa saja dengan gelagatnya....

~ memang membosankan menghabiskan hari2 cuti sebegini, tak tau apa yang nak dilakukan selain duduk melayan internet....aku cuba menghilangkan keboringan yang ada dengan mengambil keputusan dengan pergi ke rumah memberku....jam 0900 malam seperti yang dijanjikan dengan 'si dia' aku pulang ke villaku, tak sabar2 rasanya nak online dan chat ngannya...terlebih dahulu aku menghubunginya menyatakan yang aku telah sampai di villaku...ntah kenapa terasa rindu sesangat kat 'si dia' dan teringin aku menatap dan melihat dia...sesampai dibilikku, terus kucapai laptop kesayanganku dan melayari dunia ym, kunantikan 'si dia' dengan ketidaksabaran untuk melihatnya, untuk tidak membuang masa, aku siap sedia onkan cam agar kami sama2 boleh melihat antara satu sama lain...but semuanya tak seindah yang aku impikan, maybe bukan rezekiku untuk melihat 'si dia'...

Tuesday, July 14, 2009

~penuh bermakna.....



~ 14hb datang lagi, tarikh yang penuh bermakna dalam hidupku, tarikh aku dan 'si dia' dilahirkan...tarikh bermulanya kisah aku dan 'si dia'. 14hb, bermakna bertambah lagi usia ikatan kasih dan sayang di antara aku dan 'si dia'...bertambah mekar dan mewangi hubungan antara kami. aku akui yang aku bertambah kasih dan sayang terhadapnya....semekar bunga matahari di bawah cahaya matahari, mekar lagi cinta dan sayangku terhadapnya tanpa mengira hari dan waktu, siang atau malam....(ewahhh, jiwang lar lak aku nie).


~Apa yang aku harapkan kini, 14hb sentiasa menjadi tarikh yang bermakna dalam hidupku...semoga hubungan ini berpanjangan dan dirahmati oleh-Nya...amin. kasih dan sayang yang ada hanyalah untuknya, tak sanggup lagi rasanya untuk berpisah dah terpisah darinya, moga2 kebahagian yang diimpikan menjadi kenyataan...His still the one and the only one.


Monday, July 13, 2009

~ bosan2....

Morning all....

~ Seawal 0530 hrs aku dah terbangun, arrrghhh!!! selalu camnie, if cuti mesti aku akan bangun awal...aduhai
~ Hari ke-2 bercuti membosankan, tak tau nak buat aper.....nak dengar sakozfm, radio dowm lak, bila lar nak okey since last night gi downnyer....

0915 hrs
~ try connect to sakozfm, wahhhh!!! ader sore dj yang berkumandang, dah okey lar maknanya sakozfm....
~ sesambil mendengar dj berceloteh, sesambil itu aku melawati laman madah pujangga dan tertarik hatiku pada satu madah yang berbunyi......

10 CATEGORY OF PERSON

1. TO MY FRIENDS WHO ARE…….SINGLE
~ Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you but if you just let it fly, it will come to you when you least expect it. Love can make you happy but often it hurts, but love’s only special when you give it to someone who is really worth it. So, take your time and choose the best.

2. TO MY FRIENDS WHO ARE…….NOT SO SINGLE
~ Love isn’t about becoming somebody else’s “perfect person”. It’s about finding someone who helps you become the best person you can be.

3. TO MY FRIENDS WHO ARE…….PLAYBOY/GIRL TYPE
~ Never say ‘I love you’ if you don’t care. Never talk about feelings if they aren’t there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never look in the eyes then all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to a girl is to let her fall in love when he doesn’t intend to catch her fall and it works both ways.

4. TO MY FRIENDS WHO ARE…….MARRIED
~ Love is not about ‘it’s your fault’ but ‘i’m sorry’. Not ‘where are you’ but ‘i’m right here’. Not ‘how could you’ but ‘i’m understand’. Not ‘i’ wish you were’ but ‘I’m thankful you are’.

5. TO MY FRIENDS WHO ARE…….ENGAGED
~ The true measure of compatibility is not the years spent together but how good you are for each other.

6. TO MY FRIENDS WHO ARE…….HEARTBROKEN
~ Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go. The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

7. TO MY FRIENDS WHO ARE…….NAIVE
~ How to be in love : Fall but don’t stumble, be consistent but not too persistent, share and never be unfair, understand and try not to demand and get hurt but never keep the pain.

8. TO MY FRIENDS WHO ARE…….POSSESSIVE
~ It’s breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it’s more painful to know that the one you love is unhappy with you.

9. TO MY FRIENDS WHO ARE…….AFRAID TO CONFESS
~ Love hurts when you break up with someone. It hurt even more when someone breaks up with you but love hurts the most when the person you love is no idea how you feel.

10. TO MY FRIENDS WHO ARE…….STILL HOLDING ON
~ A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in the end that is was never meant to be and that you have wasted years on someone who wasn’t worth it. If he wasn’t worth it now he’s not going to be worth it a year or 10 years from now, so let it go.

11. TO ALL MY FRIENDS
~ My wish for you is a men/women whose love is honest, strong mature, never- changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.

Sunday, July 12, 2009

~ kebosanan...

28 June '09

~ Hari ke-2 bercuti, boringnya....pagi2 lagi aku dah tersedar, mana taknya semalaman aku lena...setelah mandi dan bersarapan, aku bersiap2 untuk ke bank, ader hal yang perlu diselesaikan, biasa lar aku ditemani oleh best friends ku, liza n nini....
~ setelah settle segalanya, aku dan nini bercadang untuk menghabiskan masa di kingdom (sebuah mall) manakala liza pula terpaksa melupakan hasratnya untuk join kami kerana dia masih perlu meneruskan perjuangannyer malam nie (kena koje)...
~ hampir 3 jam aku n nini menghabiskan masa di kingdom termasuk lar menghabiskan duit kami...hampir 1k dibelanja oleh aku untuk mac (eye shadow), coast (kasut), principle (baju) n ysl (make up)....
~ membaca novel n menghabiskan masa ngan internet itulah caranyer aku menghabiskan masa cutiku dan menghilangkan keboringan yang ader....
~ tiba2 terasa rindu kat kawan2 sakoz....dimanakah u allz??? segala kenangan manis bersama u all tetap dalam ingatan, rindu sesangat waktu2 bersama u all...bila lar agaknyer kita dapat berkumpul semula???

~dikejauhan....

25 June '09

~ Hari pertama menjalankan tugas setelah hampir 3 minggu bercuti amat memenatkan, semangat dan mood untuk bekerja hilang ntah ke mana...maybe hanya jasadku di sini dan fikiran serta batinku masih di malaysia bersama 'si dia', kerinduaan dan kenangan masih bersamanya....
~ menjadi kebiasaanku sebelum tidur aku perlu mendengar suaranya, no didial dan beberapa ketika terdengar suaranya dihujung talian, suara yang begitu bermakna bagiku...baru bangun tidur katanya. hilang segala mood dan semangatku, apa yang ku harapkan jauh sekali, bukan perkhabaranku yang ditanyakan but sesuatu yang tak ku jangkakan yang ditanyakan...terasa kepentingan diri tidak begitu penting bagi 'si dia', ada yang lebih penting dari diriku...kadangkala terasa seperti ingin undurkan diri saja dari dirinya but aku akui semua tu adalah mustahil, tak mungkin aku dapat menjauhkan diri dari dirinya apatah lagi untuk melupakannya...
~ kenapa tak pernah ada yang ingin tahu masalah yang ku alami dan tak pernah sekali pun yang bertanya...kadangkala teringin juga rasa diberi perhatian, meluahkan apa yang dirasa....

~ rindu bermula...

24 June '09

~ Setelah hampir 12 jam perjalanan di udara, akhirnya, alhamdulillah ngan selamat aku sampai di Riyadh dan meninggalkan tanahair, family, kekawan dan 'si dia'...'Cintaku tertinggal di Malaysia'
~ Belum pun genap sehari aku meninggalkannya, rindu mula bertandang dihati, teringat segala kenangan ketika bersamanya, segalanya begitu indah sekali, apatah senyumannya....

~ berakhirnya cuti...

21 June '09
3rd till 23rd June '09


20 June '09

~ Kira2 jam 0900 hrs, kami telah bersiap2 untuk ke Templer Park sepertimana yang telah dirancangkan. Aku, 'si dia', snake, cikgu akma, fa n apis telah bersetuju untuk ke sana. Sudah agak lewat kami sampai di sana, mana taknya sepanjang perjalanan banyak tempat yang singgah tak termasuk dengan sesatnya lagi...akhirnya sampai gak kami di Templer Park buat terpaksa ditukar lokasi kerana kurang berpuas hati ngan tempat tersebut...kami meneruskan rancangan dengan mandi manda di hutan lipur Kanching, sejjukkknya air.....

~ Sedar tak sedar jam sudah menunjukkan kul 0400 petang, aku yang sepatutnya berlepas balik ke riyadh malam nie rasa keberatan untuk balik lantas keputusan dibuat, sambung cuti untuk beberapa hati....
~ Kira2 jam 6 petang, kami semua bertolak pulang....

Next day...

~ Cuti yang sepatutnya berakhir semalam telah kusambung untuk beberapa hari lagi, terasa begitu berat hati untuk meninggalkan yang tersayang...dalam masa 2 minggu bersamanya, pelbagai pengalaman manis dan pahit kualami, kadang2 merajuk dan kecil hati pun ader but itu semua sudah adat dan lumrah dalam percintaan...takkan ku ambil masa yang lama untuk memerajukkan hati nie, lagipun aku tau 'si dia' bukan begitu arif dalam hal pujuk memujuk nie, biasanya dia akan biarkan aku melayan perasaanku sendiri dan mendiamkan dirinya begitu saja...buat penat dan merugikan saja jika aku merajuk lama2

~ Hari nie seperti yang dirancangkan aku, 'si dia', snake & 'cikgu' pergi ke Genting untuk menghabiskan masa bersama2...lebih kurang dalam pukul 0730 pm kami selamat sampai Putra Perdana...lebih kurang dalam pukul 0800 pm aku n 'si dia' mengambil keputusan untuk menonton wayang but dalam hari aku masih terasa hati ngan 'si dia', walau aper pun aku tetap setia mengikutnya ke mana saja, apatah lagi di saat2 terakhir untuk aku bersamanya...seperti biasa kami ke summit, favourite mall kami...melihatkan senyumannya hati aku menjadi sejuk, hati yang sedikit lara tadi kembali ceria seperti biasa, memang diakui aku memang mudah melupakan apa yang terjadi...

~ HaPPy BirThdaY sAyaNg....



14 June '09

~ Tepat 12 malam, birthday song berkumandang yang ditujukan khas untuk 'si dia', mukanya kelihatan terkejut sekali...SuRprIse!!!
~ Ini semua dirancangkan diluar pengetahuannya dengan dibantu oleh fa n apis, thanks guys. Gamat seketika karaoke room ngan ucapan dari kekawan untuknya....thanks to all my friends kerana sudi meluangkan masa dan bersama2 meraikan birthday 'si dia'.

~ Dah makin bertambah usianya...apakah yang diimpikannya dalam usia baru??

'HaPPy BirTHdaY SaYaNg'

~my lovely holiday...
















2nd June '09
~ Bermulanya cuti, hari ini aku pulang ke malaysia...setelah hampir satu hari perjalanan dan terpaksa transit di Abu Dhabi selama 7 jam, akhirnya selamat juga aku sampai ke tanahair...alhamdulillah. Rindu sungguh rasanya, lagi2 rindukan ' si dia'. setelah lebih kurang 2 bulan menanggung rindu, terubat gak akhirnya....

5th June '09
~ Di luar perancangan, aku dan 'si dia' telah bersetuju dan membuat keputusan untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama di salah sebuah pusat peranginan terkenal iaitu PHUKET.....
~ Kira-kira jam 0930 am kami bertolak ke Phuket dengan menaiki pesawat MAS, kira2 satu jam perjalanan akhirnya terjejak juga kaki kami di bumi Phuket...SAWADIKAP
~ Kedatangan kami telah disambut mesra oleh seorang tourist guide 'SURASAK' namanyer, seorang warganegara tempatan yang pandai berbahasa melayu, agak terperanjat gak dibuatnya. kami dibawa ke hotel yang telah disediakan 'THE ROYAL PARADISE HOTEL'. Not bad hotel yang disediakan, taraf 3 stars....
~ Kira2 jam 0630 petang kami telah dibawa ke 'PHUKET FANTASEA', memang best tempatnyer, colorful sungguh, terpegun seketika melihat keindahan ciptaan manusia. bermula ngan jalan2, menunggang gajah (terasa cam maharani zaman dulu2 jer, takut pun ader ) dan setelah puas bergambar, akhirnya kami dibawa menonton sebuah show mengenai sebuah lagenda tempatan 'MAGICAL OF KAMALA'...wowww!!! memang best show tu, warna warni, ader tarian, siap ngan gajah, ayam, kerbau n kambing, semuanya naik pentas...memang tak rugi membeli tiket ngan harga bhat 1600 seorang....
2nd day
~ Setelah breakfast, kami telah menyertai pelancong yang lain ke destinasi yang ditetapkan pada hari ini...kami telah memilih untuk menyertai pakej 'PHANG NAK TOUR'...dengan pakej ini kami telah dibawa ke 4 buah pulau yang terkenal di Thailand, antaranya James Bond Island & Lawa Island...satu hari berada di atas bot, berkayak dan dibawa menjelajah ke dalam gua menggunakan coneo memang menyeronokkan, terasa begitu mencabar sekali...mandi laut dan makan tengah hari di atas bot memang sesuatu yang begitu indah sekali, apatah lagi dapat bergaul dengan pelancong dari pelbagai negara...
~ Satu hari berada di atas air (bot) menyeronokkan but amat lar memenatkan...kami sampai ke hotel penginapan kira2 jam 5 petang dan sebelah malamnya kami telah 'ronda2' sekitar kawasan, agak menakutkan gak, pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam dapat dilihat....
3rd day

~ Begitu cepat masa berlalu dan tiba masanya untuk pulang ke tanahair...setelah breakfast dan check out hotel, kami dibawa 'city tour'. kami telah dibawa ke tempat2 pelancongan di Phuket, antaranya Gems Gallery, Kuil tertua di Phuket & salah satu pusat perindustrian iaitu Cashewnuts Factory....
~ 'GOOD BYE PHUKET', kappunkap....kami meninggalkan Phuket dengan pelbagai kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan, insyaallah jika diizinkan dan dimurahkan rezeki maybe kembali lagi...tepat jam 0745 pm, pesawat MAS telah membawa kami pulang ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan Phuket yang begitu indah sekali ciptaan-Nya

~HaPpY BirTHdaY to Me...

14 Feb '09

~ Happy birthday to myself...dah makin bertambah usiaku nampaknyer but still camnie gak. Ucapan dari kekawan kuterima dengan ucapan mekasey bebanyak kerana masih mengingati birthdayku...tak lupa gak ucapan yang ku terima dari 'si dia' yang menjadi first person yang wish birthday for me...happy sungguh dibuatnyer. walaupun tahun nie birthdayku disambut jauh dari family dan kekawan, aku tetap happy coz' birthday aku tetap dia orang ingat.

'HaPPy BirThdaY NuRuL AleYssa'

~HaPpY New yEaR '09

1st Jan '09

~ Happy New Year to all...berlalunya tahun '08 dengan seribu kenangan pahit dan manis. semoga dengan kehadiran 2009 akan menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk diri kita, lebih baik dari sebelumnya...

~ Ketibaan tahun baru ditempat kerja, itu lar yang kerja tak mengira waktu....

'HaPPy NeW YeAr '09'

~ New yEaR EvE '09




31 Dec '08




hari ini, 31hb December adalah hari terakhir untuk 2008....2008 bakal berlalu sebentar lagi dengan seribu kenangan pahit manis dan 2009 menanti dengan pelbagai kenangan yang bakal dicipta dan seribu kemungkinan....
AZAM....itu lar yang diperkatakan setiap kali berlalunya tahun dan bermulanya tahun baru....bagi aku sendiri pun mempunyai azam tersendiri untuk tahun yang bakal berlalu dan tahun yang bakal menjelma...
2008...pelbagai kenangan yang aku lalui, pelbagai peristiwa yang begitu manis dan tidak kurang juga yang begitu pahit, semuanyer itu telah ku lalui....persahabatan yang begitu indah bersama SAKOZ, kekecewaan dengan kasih yang tidak berbalas dan pertemuan dengan "sayang' menjadikan tahun 2008, tahun yang memberikan dan meninggalkan aku dengan begitu banyak kenangan indah yang tak mungkin dapat ku lupakan....

~ sepi ~

20 Dec '08

DIRIKU TAPAK SULAIMAN

Bagaikan diri ku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut Rindu kan hidup
Bagaikan diri ku bintang berkelip
Di hujung angkasa bergelut sunyi
Rindu kan malam Rindu kan teman
Bacalah kekasih Bicara mata ini
Rindu tersimpan dalam sanubari
(Rindu yang lama tersimpan dalam sangkar sanubari)
Hanya menanti kesempatan
Untuk ku luah pada mu
Pabila kau bersedia
Bagaikan diri ku tapak sulaiman
Terdampar di pantai berlagu sepi
Rindu kan laut Rindu kan hidup
Seperti insan Yang punya kekasih

memang sepi hidup nie kalau berjauhan dari family, kawan2 dan orang tersayang...tiada siapa yang tahu dan faham aper yang dirasa...aper yang boleh dilakukan hanyalah memujuk diri sendiri dan memendamkan aper yang dirasa...itulah cara yang boleh dilakukan oleh diriku...hendak diluahkan kepada insan lain tiada yang memahami...
dari hari ke sehari hidupku rasakan begitu suram sekali...sayang pula dari hari ke sehari makin berlainan caranya dalam melayanku...walau aper pun, kasih dan sayangku padanya tak pernah berubah...
tiada keutamaan untukku baginya, itulah aper yang ku rasakan...kini aku hanya seperti memenuhi waktu2 terluangnya sahaja, tiada masa yang betul2 dikhaskannya untukku...kadang2 aku terasa seperti hanya pencuci mulut di dalam sesuatu menu, hanya memenuhi keperluan bukan keutamaan...
SEPI

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua aku tetap diam
sejarah cinta dan hidupku penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh untuk tetap ku berdiri
ada saatnya ku bicara bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua aku tetap diam....

C.I.N.T.A

16 Dec '08

C.I.N.T.A
Terlalu meluas bila diceritakan tentang cinta...cinta yang membawa pelbagai maksud...Cinta kepada Allah, cinta yang satu...Cinta kepada ibubapa, cinta sepanjang zaman...Cinta kepada kekasih, cinta yang sejati...Cinta kepada kawan, cinta yang bahagia...
Begitulah yang diperkatakan dengan cinta...ader menyatakan cinta itu sesuatu yang begitu indah sekali dan ader juga yang menyatakan cinta itu penuh dengan kepalsuan dan penipuan, tak kurang juga yang menyatakan cinta itu buta....terlalu abstrak sekali untuk memperkatakan tentang cinta...
Sebenarnya, cinta itu terlalu indah jika ianya dihiasi dengan kasih sayang yang kejujuran dan keikhlasan...cinta itu tak pernah menipu dan cinta tu juga tak pernah buta...individu yang terlibat dengan cinta itu sebenarnya yang membuatkan cinta itu penuh dengan penipuan dan individu tersebut juga yang sebenarnya buta dalam mengenali cinta...
Bagiku, cinta itu indah sekali walaupun pernah sekali aku dikecewakan oleh cinta yang tak berbalas namun akhirnya aku diketemukan dengan sebuah cinta yang begitu indah sekali...cinta & kasih sayang yang diberikan oleh 'si dia' adalah sesuatu yang begitu indah dan bahagia sekali buat diriku...

~ ntah tak tau ~

15 Dec 08

Morning MsBlog,

Seawal 0600 pagi aku sudah menyedarkan diri, sesudah solat subuh, aku meluangkan sedikit di gym, mencari stamina....setelah satu jam berada di gym, aku meluangkan masa bersama2 rakan sevilla ku, berbual ntah aper2 ntah...gelak sakan dibuatnya

Masa untuk berendam lak...hampir satu jam aku memanjakan diri dengan merendamkan diri di dalam bathtub, terasa begitu segar sekali...
terasa begitu bosan sekali, tak tau aper nak buat...hurms, aper lagi nak buat lain tak bukan duk depan lappy nie, selain surf internet dapat gak chat ngan kenalan baru, menambahkan sahabat yang sedia ader, boleh gak bertukar2 citer....

~ rindunya ~


14 Dec '08

Hye MsBlog,

Hampir seminggu sudah seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha dan sudah seminggu juga aku tidak dapat melayari blogku kerana adernya masalah dengan line internet di villaku ini...agak membosankan tidak dapat melayari internet kerana bagiku internet dan lappy adalah sahabat yang tak pernah ader had masanya menemani hidupku di sini....
14hb December bermakna genap lar 7 bulan perhubungan aku dengan sayang dan makin bertambah rasa sayang dan kasih terhadapnya...'infinity'. perhubungan yang begitu indah sekali walaupun kadangkala perselisihan faham berlaku antara kami but ianya hanya lar untuk sementara waktu...bukan ke cinta itu ketawa dan airmata...sesebuah perhubungan itu dah tentu tiada indahnya if hanya di temani oleh gelak ketawa....
tiba2 terasa begitu rindu dengan rakan2 sakoz...kemanakah perginya Lost_29, Yatie, Raja_Ego, Snake_dius, Anoz, Universal_abe & Jai_zakrir...lis rindukan u allz...

~ hambar...

4 Dec '08

~ kedengaran azan subuh berkumandang dari masjid berdekatan, ku lihat jam, 0500 pagi dah subuh rupanya but aku masih tak dapat melelapkan mata...
~ message dan panggilan yang ku tunggu sepanjang malam tidak juga muncul dan seperti kebiasaan aku tidak akan dapat melelapkan mata sekiranya tidakku dengar suara sayang terlebih dahulu, namun aper yang ku tunggu2 tidak juga muncul dan kini maybe sayang sedang lena dalam mimpinya tak seperti aku yang masih terkebil2 tidak dapat melelapkan mata....
~ ku rasakan hari ini begitu membosankan...jam sudah menunjukkan jam 1330 hrs but aku still tidak boleh tidur, kepala terasa sakit dan badan begitu lemah sekali, mana taknya, sudah satu hari satu malam aku tidak dapat lena...
~ hari ke hari dirasakan hidupku semakin hambar, sedikit demi sedikit keceriaan dan kebahagiaan yang kurasakan sebelumnya seolah-olah pergi meninggalkan diriku....

~ kesabaran mengatasi segalanya....

3 Dec '08

~ Pagi2 lagi aku sudah bangun, sesudah solat subuh, aku ke gym untuk mencari stamina...dah agak lama gak aku tidak ke gym...sesudah ke gym dan selepasa bersarapan, aku ke hospital bersama housemate ku, ader perkara yang perlu kami uruskan....
~ sesudah selesai kerja di hospital, aku dan housemate ku telah mengambil keputusan untuk pergi window shopping...selama 4 jam kami ber'shopping', kami ke bookstores lak, aku telah membeli beberapa buah english novel dan buku2 ilmiah yang berkaitan dengan bidangku, sajer untuk menambahkan pengetahuan yang ader...

~ kira2 1630 hrs, kami pulang ke compound kami...wahhh!!! penat gak shopping nie dibuatnya...sesampai di bilik, aku telah call sayang, almaklum lar dah dekat satu hari tidak dengar suaranya, hanya message jer yang aku terima...rupa2nya sayang masih bersama rakan2 di luar, baru sajer habis bermain bowling katanya...hurms, seperti yang telah ku agak dan seperti sebelumnya, aku akan menjadi orang terakhir yang akan diberkan perhatian olehnya...seperti yang dijangka, sayang akan busy bersama rakan2nya, hinggakan aku rasa aku dilupakannya seketika...aper yang aku boleh buat, selain dari mendiamkan diri dan bersabar jer...

~ kepenatan...

2 Dec '08

~ alhamdulillah, selama 2 hari bekerja dengan penuh kepenatan, sibuk sesibuknya but berakhir juga akhirnya...
~ sesampai saja di villaku kira2 jam 2030 hrs dan membersihkan diri, selepas solat, aku luangkan sedikit masaku untuk menjenguk blogku yang ku ignore selama 2 hari, kesibukan dan keletihan membataskan untuk aku bercerita dengan blogku...
~ esok bermula cutiku untuk 3 hari...aku sendiri tidak tahu aper yang akan aku lakukan sepanjang hari2 tersebut...tidak lain dan tidak bukan dah tentu cutiku akan dihabiskan dengan rutin2 yang biasa dilakukan...membaca novel, swimming dan bermain tenis, itulah antara aktiviti2 rutinku...nak online pun, tiada yang menarik, begitu susah sekali untuk 'jumpa' rakan2 sakoz online, terasa rindu sekali kat dier orang, teringat masa sebelum2nyer...kini masing2 begitu sibuk dengan tugas harian
~ begitu juga dengan sayang...begitu susah sekali kini untuk aku online dengannya...hurms, kadang2 terasa begitu membosankan hidup ini...teringat waktu2 terdahulu, terasa begitu indah dan ceria sekali hidupku...kini, sedikit demi sedikit keceriaan dan keindahan tersebut seperti meninggalkan aku sendirian.....
~ 2210 hrs bermakna dah pukul 0310 pagi waktu malaysia dan mataku dah mula mengantuk, kepenatan membuatkan seluruh badanku terasa tidak bermaya...seperti biasa begitu sukar untukku melelapkan mata sekiranya tidak ku dengar suara sayang terlebih dahulu but usahkan suaranya untuk kudengari, message pun tidakku terima sejak setibanya aku di rumah, maybe aku kini hilang dari ingatannya seketika....

DUHAI MALAM

Duhai malam damai pelukanmu
dinginmu menghilangkan bahang siang
namun resah hati kian terasa
kekasih hati berjauhan
Duhai malam apakah si dia
jua merenung bulan yang mengambang
terbayang oleh ku manis wajahnya
ohhh...terganda kerinduanku
Duhai Malam...
tersiksa batinku mendambakannya
jiwaku merintih sayu berlagu
duka menghiris tersiat kalbuku
hanya padanya penawar
azimat yang bisa menyembuhkans
egala nestapaku...Ohhh
Duhai malam khabarkan padanya
lekas kembali tak rela menanti
kerap ku jenguk keluar jendela
apa khabarnya di sana
ohhh... di sana

~ hari ini dan semalam ~

30 Nov '08

Hye MsBlog...missed u yesterday

~ kira2 jam 0900 malam aku sampai di villa...kesibukkan dengan tugas di tempat kerja menyebabkan kelewatan tiba di rumah...sesampai sajer di bilikku, aku di sambut oleh message dari sayang...
~ aku membalas message nyer dengan membuat panggilan untuknya but suaranya yang keletihan kedengaran, baru sampai rumah katanya...tiada suaranya yang ceria seperti biasa, bukan itu yang aku harapkan...perbualan kami ditamatkan begitu sajer tanpa kata2 indah seperti biasa dan aku pasti malam ini sekali lagi kesukaran untuk aku melelapkan mata...
~ 'nite & love u sayang'....

~ rutin hidupku....

28 Nov '08

~ assalamualaikum and morning to allz.....

~ tepat jam 0800 pagi, alhamdulillah selamat aku sampai di villa, terasa kepenatan yang teramat sangat...12 jam on duty memang memenatkan...malam semalam agak busy keadaan unit, nak duduk pun tak berkesempatan...aduhai!!!
~ jam 1130 pagi baruku boleh melelapkan mata, ntah kenapa susah betul nak lena, maybe kepenatan agaknya...sebelum mataku terlelap, sempat gi aku berbual dengan sayang yang dalam perjalanan ke Johor Bahru bersama keluarganya untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya...
~ jam 1700 hrs, lenaku dikejutkan dengan kehadiran sms yang dihantar oleh sayang...' sayang, bangun2', itulah message yang kuterima...mekasey sayang kerana mengejutkan lisa dari lena if tak dah tentu tak bangun gi...
~ still on duty tonight...kira2 jam 1800 hrs, aku bertolak ke tempat keja dengan transport yang disediakan...begitu lar berakhirnya satu hari lagi dalam hidupku...

~morning2....

27 Nov '09

~ morning2, 0630 hrs aku dah terjaga, arrrghh...terasa malas jer nak bangun, best jer duk dalam blanket nie, dah lar sejuk lak tu but teringat pesan engku n bonda 'anak dara tak elok bangun lewat'...memang sudah menjadi routine harianku, off day or tak, sebelum pukul 7 pagi aku mesti bangun....
~ MsBlog, aper yang kita nak buat hari nie yer...first things yang aku lakukan ialah menghantar message untuk sayang but no reply, mesti tengah lena lagi tu, almaklum lar semalam tidur lewat, tengok bola katanya....

YOU TOOK MY HEART AWAY

Staring at the moon so blue
Turning all my thoughts to you
I was without hope or dreamT
ry to dull an inner scream
But you . . . saw me through . . .
Walking on a path of air
See your faces everywhere
As you melt this heart of stone
You take my hand to guide me home and now I'm in love
You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
Living in a world so cold
You were there to warm my soul
You came to mend a broken heart
You gave my life a brand new start
And now . . . I'm in love
You took my heart away
When my whole world was grey
You gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my sideY
ou become the meaning of my life . . .
Holding your hands
I won't fear tomorrow
ere where we stand
We never be alone
You took my heart away
When my whole world was greyY
ou gave me everything and a little bit more
And when it's cold at night
And you sleep by my side
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning of my life . . .
You become the meaning
You become the meaning of my life . . .
~ tiada aper yang menarik pada hari ini....selepas swim kira2 jam 5 petang, aku bersiap2, on duty malam nie...12 jam lagi terpaksa aku menahan mata dari mengantuk demi memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan...

~ nite MsBlog...insyaallah berjumpa lagi kita esok pagi....