~ 3 bulan berlalu dan ini bermakna 3 bulan tidak ku ceritakan dan berkongsi ceritaku dengan yang lain....August berlalu dengan bermula puasa bagi semua umat Islam dan august juga membawa aku dengan 3 sahabat baikku (kasturi, nabima & eliska) ke negara europe iaitu Barcelona, Sepanyol bagi menghadiri European Society of Cardiology Congress. Seawal pagi 28hb August @ 0430 hrs, kami telah ke airport. British Airways, flight yang membawa kami ke Madrid dengan transit selama 2 jam di Heathrow Airport, London. Malangnya kami telah terlepas flight untuk ke Barcelona dari Madrid disebabkan kelewatan flight dari London, so kami terpaksa mengambil domestic flight untuk ke Barcelona....Kira2 jam 0830 malam dengan selamatnya kami tiba di Barcelona, alhamdulillah. Indah sungguh ciptaan Tuhan, memang menarik sekali Barcelona ditambah lagi dengan keramahan penduduknya. di Barcelona kami telah menyewa sebuah apartment dengan sewa 200 euro/person, not bad, memang selesa...
~ Walaupun hari2 kami penuh dengan jadual yang perlu dihadiri semasa congress tersebut tak bermakna tiada kesempatan untuk kami berempat melawat tempat2 yang menarik di Barcelona...sehabisnya topik yang terakhir kira2 jam 3 petang kami menghabiskan masa hingga ke lewat malam dengan melawat ke tempat2 yang menarik di sana, seperti Sagrada Familia (memang menarik dan amat unik binaannya, merupakan church yang terbesar dan unik di dunia), tak terkecuali Funicular Tabidabo, Gaudi, Pelabuhan Barcelona & St Joseph La Boqueria (fruits market yang begitu popular di Barcelona, antara tempat tarikan pelancong). Walaupun agak penat dengan apa yang dilalui but it's very enjoy, lovely trip....
~ Holiday kami diakhiri dengan trip to London, agak sejuk di sini ditambah dengan hujan but itu semua tidak menjadi halangan untuk kami enjoy di sana...tempat yang sempat kami lawati Bigben, Buckingham Palace, Eyes of london & Madam of Tassauds...
September...bulan puasa atau ramadhan yang penuh dengan kenangan suka dan duka, dari London ke Malaysia, aku meneruskan cuti yang ada, berjumpa dengan orang yang paling ku sayang, melepaskan rindu yang sekian lama dipendam dan menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sakoz, sekian lama tidak dapat berkumpul, akhirnya dapat jua bertemu walaupun ader jua yang tidak dapat menghadirikan diri dengan alasan tersendiri, agak menghampakan sikit. Pertemuan tersebut tidak hanya diakhiri dengan makan2 tetapi dibawa ke pertandingan bowling lak, bertempat di ampang bowl summit, masing2 berentak menunjukkan kehebatan dan skill masing2, memang menyeronokkan dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama2...4 hari ku abiskan cuti bersama sayang, jika diikutkan aku terpaksa balik untuk meneruskan tugas but cuti yang pendek telah bertambah lagi untuk 2 minggu, itupun atas budi bicara dengan 'boss' ku, alhamdulillah dapat juga aku beraya di Malaysia........
~ Memang bahagia sekali dapat beraya bersama2 keluarga dan orang tersayang but apa yang diimpikan tidak semestinya menjadi kenyataan, segala-galanya hancur berkecai, bonda menjadi begitu lain sekali setelah apa yang dirancangkannya untukku telah ditolak dan tidak sesekali aku menyangka yang bonda akan menjadi begitu kasar dengan diriku, tidak seperti bonda yang ku kenali sebelum ini, maybe aku bukan anak yang baik, sebab itu bonda bertindak sekasar itu but aku ader hidup aku sendiri dan aku berhak membuat pilihan....
~ Aku sendiri pun tak tau apa salah dan apa yang tak kena dengan diriku, bukan bonda sahaja yang upset dengan diriku malah orang yang paling ku sayang dan paling rapat dengan diriku pun upset dengan diriku, Tuhan sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ini juga dugaan dari-Nya buat diriku, terasa diri disisih, tidak dipedulikan dan seperti tidak diperlukan lagi, itulah apa yang dapat aku rasakan, sebaik mungkin aku cuba memberi yang terbaik untuk insan yang kusayangi, mencuba menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibubapanya but apa yang pasti aku gagal....
~ tiada kata lagi yang mampu aku katakan, cuma airmata yang menjadi peneman sepanjang perjalanan meninggalkan tanahair, bukan ini yang aku mahukan tetapi itu yang aku perolehi, sesuatu yang tak pernah aku jangkakan....
October...kembalinya aku ke Riyadh untuk menyambung kembali tugas yang terhenti untuk beberapa ketika dengan perasaan bercelaru...ternyata sedih dan airmata yang sentiasa menemani diri, tak tau apa yang sedang difikirkan oleh bonda dan juga 'si dia' pada ketika ini but ternyata aku telah hampakan kedua2nya...
November...2 bulan berlalu, namun sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku tetap menghantui diri, walaupun semuanya dikatakan kembali seperti sediakala but sesekali terimbas jua apa yang berlaku... Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
~ Percutian ke Paris dirancang, flight dan penginapan serta segalanya telah tersedia but tidak semua apa yang dirancangkan menjadi kenyataan...aku dikejutkan dengan berita kemalangan abang said di India dan keadaannya agak parah...dengan berita tersebut telah membuat aku terpaksa melupakan percutian yang sepatutnya aku habiskan di Paris...percutian ke Paris bertukar menjadi percutian di India satu pengalaman yang paling tidak dapat ku lupakan, 'pengalaman kelakar seram' itu yang paling tepat perlu diberikan untuk percutianku kali ini...melawat ke sebuah negara yang boleh dikatakan antara negara yang termiskin di dunia memang amat menyedih dan ini merupakan first and the last aku ke India...
December...menjelmanya ia bermakna begitu hampir tahun baru akan menjelma dan bakal meninggalkan 2009 yang penuh dengan pelbagai kenangan pahit mahupun manis...:)
No comments:
Post a Comment