Saturday, December 18, 2010

Sebulan berlalu.....


~ Hari ini genap sebulan berlalu pergi, berlalunya pergi seorang insan yang paling ku sayang, berlalu meninggalkan aku begitu sahaja...disaat jiwaku merintih teringatkanmu wahai kekasih, setiap saat merindu dan mengharap...sakitnya hati aku bagai dipanah duri sembilu, apakah dosaku diperlakukan sebegini, diri terseksa setiap waktu...

~ Dia yang dipuja dan dirindu, tiada disisi... Sesekali teringin jua untuk merasakan manisnya cinta, namun mengapa aku tidak berdaya menggapainya...mungkinkah itu suratan azali

Tuesday, December 14, 2010


~ 14hb datang lagi dan kini hampir berlalu meninggalkan aku...hari yang berlalu tanpa sebarang ucapan seperti hari-hari sebelumnya....satu tarikh yang cukup bermakna dalam hidupku, tarikh yang meninggalkan segala kenangan yang indah yang tak mungkin akan boleh dilupakan, kenangan yang akan ku bawa sehingga ke hujung nyawa, kenangan yang akhirnya membuatkan diriku sendiri merana, sengsara dan terseksa seorang diri, menahan segala kelukaan dan kesedihan sendirian...hanya Allah S.W.T yang mengetahui apa yang aku rasakan kini...derita dan kepedihan yang sedikit pun tidak mendapat simpati malah diraikan dengan kegembiraan diatas kelukaan yang ku terima...aku tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mengasihani dan aku tahu setiap kejadian ada hikmah dan rahmat-Nya...setiap apa yang dilakukan ada balasannya cuma masa yang menentukan segalanya...kebahagian yang dicari dengan memusnahkan kebahagian dan menyakiti hati perasaan insan lain tak mungkin akan kekal untuk selamanya...

Thursday, December 9, 2010

~ Alhamdulillah, setelah seminggu lebih berada di hospital, kini aku dibenarkan keluar, hari yang ku nantikan, terasa seperti setahun berada dalam tahanan dan baru kini ku tahu betapa sakitnya menjadi seorang pesakit...ditemani bonda dan engku membuatkan aku merasa sungguh terharu dengan kasih sayang yang mereka berikan, walaupun jauh beribu batu mereka sanggup melalui semuanya itu demi kasih terhadap anaknya ini, thanks engku, thanks bonda...love both of you.

~ Dalam kegembiraan dapat kembali semula ke kediaman ku dan berada dalam kasih sayang engku dan bonda, hatiku merasa sedih dan pilu, sedih dan pilu kerana orang yang paling aku sayang tiada di sisi, tiap saat dan waktu aku menantikan khabar darinya tetapi semuanya hanya angan-angan kosong ku sahaja...berdoa dan memohon kepada Allah agar keajaiban berlaku, menantikan khabar darinya, namun kini aku tahu aku sudah hilang dari ingatan dan hatinya, dibuang dan dilupakan begitu sahaja...hati merintih setiap waktu merindukannya, rindu yang semakin hari semakin menyeksa jiwaku...aku sendiri tidak tahu macam mana untuk aku hilangkan semua itu, semakin ingin dilupakan semakin ia datang menyeksa hari-hari ku, hari-hari yang terpaksa aku lalui tanpa dirinya...tak pernah sekali terfikir yang aku akan melalui dugaan yang sebegini hebat dan tidak pernah sesekali terlintas difikiran yang aku akan disakiti sebegini sekali...Ya Allah, adakah ini takdir-Mu untuk menguji kesabaran dan ketabahanku...aku pasrah dan redha jika ini ujian-Mu untuk diriku

Saturday, December 4, 2010


~ 2 minggu berlalu, 2 minggu juga aku kehilangannya, kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidupku...2 minggu juga aku menanggung kerinduan yang teramat sangat, 2 minggu juga aku dibiarkan menanggung segalanya...aku dilupakan begitu saja seperti aku tak pernah wujud di dalam kehidupannya...apakah tiada satu pun yang baik tentang diriku yang dapat mengingatkannya kepada diriku, apakah kini semuanya keburukan saja yang ada dalam fikirannya?

~ Seminggu aku berada di hospital akibat menanggung sengsara dan kerinduaan kepadanya, usahkan ucapan sayang yang ku terima seperti sebelumnya, perkhabaran aku juga tidak ku terima...setiap saat menantikan khabar darinya tetapi itu semuanya hanya impian dan penantian yang tiada penghujungnya...memang hati yang menyakiti tidak akan merasa kesakitan sepertimana kesakitan yang dialami oleh hati yang disakiti, hanya Allah yang tahu betapa merana dan sengsaranya aku kini....

~ kenapa aku disakiti sebegini sekali, apakah kesalahan yang telah aku lakukan...kenapa tiada sedikit pun belas kasihan untuk diriku, kenapa aku dibiarkan menanggung semua ini...apakah hilang terus perasaan sayangnya pada diriku, apakah tiada secebis zarah pun yang tinggal dihatinya...apakah semua kenangan yang ada telah dibuang begitu saja...hampa dan terlukanya perasaan ini hanya Allah yang memahami dan aku sendiri tidak tahu bila luka ini akan dapat diubati, mungkin jua sampai ke akhir hayat

~ Apakah dengan ayat gertakan yang aku kirimkan kepadanya telah merubah kasih sayangnya sekaligus, kenapa keikhlasan aku dipertikaikannya, jika betul keikhlasan aku menjadi penyebabnya segalanya musnah, apakah maksud keikhlasan dalam dirinya? jika betul dia ikhlas dengan diriku kenapa aku menjadi mangsa penipuannya dan kenapa kasih dan sayang yang aku berikan kepadanya telah dihancurkan dengan mencari perempuan lain, apakah ikhlas itu namanya...fikiran aku kini bercelaru dan aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi, sebaik mungkin aku cuba menjaga hatinya tetapi hatiku sendiri telah dilukakannya dengan kehadiran orang ke-3....hancur kini segalanya, musnah kehidupanku kini...

~ Aku tahu Allah itu Maha Adil dan Maha Melihat yang mana tidak satu pun akan terlepas dari pandangannya dan aku juga tahu yang hidup ini umpama roda yang berputar, yang mana kini aku berada dibawah menanggung kesakitan dan kelukaan yang teramat pedih dan tidak mustahil apa yang aku lalui kini akan dilalui jua oleh kalian, hanya masa yang menentukannya....bergembiralah dan bersuka-rialah diatas kesakitan dan kelukaan yang aku lalui, semoga kalian berdua bahagia dengan apa yang telah kalian lakukan...

Monday, November 22, 2010

kerana terluka hati ini....


~ Beratnya rasa hati nak melangkah pergi, tetapi apakan daya aku terpaksa, buat kali terakhir inginku mengucapkan semoga dirimu berbahagia selalu, tentang diriku ini terserah pada-Mu Tuhan menentukan...tak perlu kau bertanya ke mana ku pergi, pandailah aku menjaga diriku ini, sekali ku melangkah, biarlah ku teruskan perjalanan ini walaupun sendirian hanya Tuhan yang tahu duka lara hidupku ini tak terkata....ku masih lagi teringat bicaramu yang terakhir pedihnya hingga menikam kalbu, bisanya....selamat tinggal sayangku, selamat tinggal kasihku aku terpaksa pergi dahulu kerana terluka hati ini....kiranya tempias membasahi jendelamu, itulah airmata yang jatuh dipipiku, kiranya sang bayu menyentuhi paras wajahmu, itulah rindu yang menyebut namamu setelah kian lama tak jumpa....

Friday, November 19, 2010

segalanya berakhir.....


~ Awan mendung yang memayungi kehidupanku sebelumnya kembali melindungi cahaya yang baru menyinari hidup ini, datangnya kini memberi kegelapan untuk selamanya dalam hidupku...hubungan yang dibaja dengan kasih sayang kini musnah segalanya memberi seribu keperitan dan kepedihan dalam hidupku...apa yang ku tahu kini, aku bukan lagi menjadi kesayangannya, aku bukan lagi dihatinya....cinta dan kasih yang kuberikan untuknya bukan untuk dikongsi, tak ku sangka dia sanggup berkongsi kasihku dengan perempuan lain...dari terus menanggung seksa dan keperitan luka yang diberikannya, aku dengan rela hati mengalah dan mengundurkan diri walaupun ianya merupakan satu kepedihan dan kelukaan yang mungkin sukar untuk diubati lagi tetapi apu pasrah dan perlu kuatkan semangat dalam menghadapi semua ini...memang senang untuk jatuh cinta, memang senang untuk menyukai seseorang dan amat senang untuk menyatakan 'selamat tinggal' tetapi amat sukar untuk memadamkan kenangan yang ada....aku cuba sedaya upaya menyelamatkan perhubungan yang telah dibina selama 3 tahun tetapi ianya langsung tidak dihargai...walaupun sakitnya dan terlukanya perasaan ini, aku terus melangkah meneruskan hidup yang ada dan aku berdoa semoga aku diberikan semangat dalam menghadapi semuanya...mengalah tak bererti aku kalah tetapi cuma memberikan peluang kepadanya dalam mencari yang terbaik....

~ Sayang, terima kasih atas segalanya....terima kasih kerana memberi peluang lisa merasa kasih dan cinta dari sayang, yang lisa rasakan amat berharga dalam hidup lisa...halalkan segalanya dan lisa doakan sayang mendapat yang terbaik dalam hidup sayang...belajar menghargai pengorbanan orang lain dan belajarlah bagaimana menjaga hati dan perasaan insan lain...berubahlah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab dan tahu menghargai seorang perempuan dan tahu menjaga hati dan perasaannya...hati yang berikan bukan untuk disakiti dan diseksa tetapi ingin dibelai dan disayangi :((

~ Selamat tinggal sayang........

Wednesday, November 17, 2010

Salam Lebaran Aidiladha.....


~ Hari ini hari yang dinantikan oleh semua umat Islam diseluruh dunia, hari meraikan kemenangan...Salam lebaran Aidiladha untuk semua. Walaupun lebaran sudah disambut lebih awal satu hari disini, hanya kekosongan yang dapat dirasakan, pertama kali merayakan diperantauan dan bersendirian, dikala ini teringat wajah2 yang ku sayang...rindunya kat engku dan bonda serta adik2 malah rakan2 ditanahair turut membayangi kekosongan hati ini dan yang paling aku rindukan sudah semestinya 'si dia', sayang. hati terasa sayu apabila berjauhan darinya, rindu yang tiada penghujungnya...

~ Salam Aidiladha untuk semua yang berada dibumi Malaysia, maybe tika ini kalian sedang sibuk melayani tetamu yang hadir dan aku keseorangan disini melayan kesepian dan kerinduan yang ada...untuk sayang, salam lebaran juga dari lisa, walaupun kita jauh2 di mata tetapi kita tetap dekat dihati...

Monday, November 15, 2010

Dingin malam....


' Dalam bening petang aku menanti senja turun, layu gemalai isi hati teringatkan dia...rangkaian malam melitupi liang-liang dingin, sedingin hatiku, sesejuk jiwa...ucapan selamat malam bukan pada kamar tidur tetapi untuknya, jauh dimata dekat dihati

Ya Allah..kuatkanlah semangatku


~ Hidupku sekali lagi diuji, diuji dengan kehadiran message2 yang mampu membuatkan aku hilang pertimbangan, message yang menambahkan luka dihati, message yang seakan inginkan aku dan sayang berpisah....aku sendiri cukup terluka dan tertekan dengan message2 yang ku terima, ku cuba berkongsi segalanya dengan sayang tetapi setiap kali perkara ini ku ajukan kepadanya seakan2 aku yang dipersalahkan dan bersalah di dalam hal ini, cukup meremukkan hati dan menyedihkan apabila orang yang diharapkan dapat berkongsi segala masalah menjadi sebaliknya tetapi aku pasrah, aku perlukan kuat semangat dalam menghadapi semua nie dan aku berjanji dengan diri sendiri yang aku akan cuba menghadapi semuanya sendiri, selagi aku boleh bertahan aku akan cuba bertahan...terasa ingin sekali menjauhkan diri dari semua ini, ku sangkakan apa yang berlaku telah berakhir tetapi masih lagi mengganggu hidup ini, seakan tidak memberi peluang untuk diriku mengukir senyuman apatah lagi mengubati hati ini....mungkin senang untuk sesiapa sahaja yang menyatakan apa yang terjadi dah terjadi dan perlu dilupakan tetapi bagaimana yang menghadapi semua ini....

Tuesday, November 9, 2010

mentari kehidupan....

~ Alhamdulillah, mentari yang dulu pergi dan dilitupi awan kini muncul kembali menerangi kehidupanku...kembalinya sayang dalam hidupku menyinari kegelapan yang aku alami sebelumnya dan aku berdoa semoga tiada lagi awan yang akan datang melindungi cahaya tersebut dan semoga ianya terus bersinar untuk selama-lamanya....kembalinya sayang dalam hidupku, menceriakan dan membuatku tersenyum kembali....thanks sayang :)

Friday, November 5, 2010

kasih dan sayang.....

~ Tanggal 26 October yang lalu aku meninggalkan bumi riyadh dan kembali ke tanahair dengan seribu harapan, harapan dalam mencari kembali kasih dan sayangnya...harapan yang menggunung agar semuanya akan kembali seperti sebelumnya, mencari penyelesaian masalah yang timbul dengan kehadiran orang ke-3 dalam hidup aku dan sayang....

~ 27hb dengan selamatnya aku menjejakkan kaki di tanahair, apa yang aku tahu kepulangan aku kali ini tidak disambut oleh sayang kerana kepulanganku diluar pengetahuannya...aku takut sekiranya kepulanganku diketahuinya aku tidak akan mendapat apa yang aku inginkan iaitu kepastian dan jawapan darinya....dengan tawakal kepada Allah, berserah kepada-Nya dan menguatkan semangat serta memberanikan diri, aku meneruskan perjalanan ke ayer molek demi mencari sebuah kebenaran dan kepastian...agak lewat setibanya aku di ayer molek, ketibaan aku disambut mesra oleh ibu dan ayah sayang dan sayang agak terkejut melihat aku berada dihadapannya dengan pertanyaan pertama 'kata nak balik esok'...aku hanya mendiamkan diri dan menahan sebak didada, rindukannya dan serasa ingin saja aku memeluknya...setelah agak lama mendiamkan diri darinya, aku memulakan perbualan kami dengan meminta kepastian darinya dan bermula lar sebuah episod yang cukup menyakitkan, memedihkan, menyedihkan dan membuat perasaanku begitu sayu sekali :( but kenyataan tetap kenyataan dan aku harus menguatkan semangat dan menahan kesabaran dalam menerima semua kenyataan tersebut....satu persatu apa yang disembunyikan dariku selama ini terungkai segalanya, memang cukup memilukan hati....terasa seperti tiada harapan lagi, cukup aku katakan yang aku ingin lari saja dari semua itu, lari dari semua orang, tak tertangis rasanya dengan apa yang berlaku...semangatku ditiupkan kembali dengan kata2 pujukan serta kata2 semangat dari orang2 yang berada di sekelilingku dan memujuk agar hatiku dibuka untuk memberi peluang yang ke-2 kepadanya...

~ Sayang....lisa nak sayang tahu yang hati lisa cukup2 terseksa dan sayu dengan apa yang terjadi, if diikutkan kata hati, lisa nak lari jauh dari semua itu dan lari jauh dari sayang but demi kasih sayang lisa kepada sayang yang teramat sangat, lisa tak mampu dan tak sanggup lakukan semua tu...memang hati lisa dah hancur dan jiwa kesakitan dalam menerima semua tu but seperti kata yang diberikan kepada lisa 'yang terjadi memang dah jadi', lisa cuba kuatkan semangat untuk lupakan semua tu but tak semudah dengan ungkapan yang diberikan...semakin ingin dilupakan, semakin kuat ia menghantui fikiran lisa....

~ Terima kasih kepada insan2 yang banyak membantu dan memberi kata2 rangsangan kepadaku dalam menghadapi dugaan tersebut terutamanya kepada my truth bestfriends, thanks coz' sudi mendengar luahan hati dan meluangkan masa untuk menemaniku :)

~ Sayang....kasih dan sayang lisa tetap sama walaupun hati nie dah hancur dan kesakitan dengan apa yang terjadi but lisa akan cuba pujuk hati lisa nie dan akan cuba lupakan semua tu walaupun bukan semudah yang difikirkan...harapan lisa, semoga hati ini tidak disakiti lagi, cukup lar sekali terseksa....sayangi dah kasihi lar lisa dengan sepenuh kasih sayang.

Thursday, October 21, 2010

Kesengsaraan....


~ Hari berlalu pergi dan aku tetap seperti begitu juga, sengsara menahan kerinduan kepadanya, rayuaan untuk berbual dengannya langsung tidak mendapat simpati darinya walaupun sebesar zarah, aku dibiarkan terus-terusan menanggung sengsara dan derita yang diberikannya...apakah ini balasan diatas kasih sayang yang aku berikan kepadanya? aku seumpama barang yang tidak lagi mendapat perhatian dari tuannya sendiri dan diketepikan begitu saja tanpa dipandang sebelah mata pun....aku pasrah, pasrah dengan segalanya cuma aku takut kesengsaraan dan kekecewaan yang aku alami kini akan menukarkan kasih sayang yang ku semai untuknya bertukar menjadi kebencian...kekecewaan yang teramat aku rasakan kini semakin membuat aku sakit, sakit sendiri sehingga tak mampu lagi untuk aku menahannya, cuma dengan keimanan yang ada dan semangat yang hampir hilang kini membuat aku terus bertahan....walauapa pun terjadi, kebahagiaan dan kegembiraan untuknya sentiasa dalam doaku..

~ Setiap saat kenangan bersamanya menjelma dan bermain difikiran satu persatu...memang betul kata pujangga, kenangan sukar untuk dilupakan dan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit, segala2nya begitu indah sekali....cinta semakin dikejar semakin jauh ia lari, semakin kuat kita kejar semakin ia bersembunyi dan ternyata kini cinta antara kami yang ada dulu semakin jauh berlari meninggalkan diriku, bersembunyi dan semakin sukar untukku mengejar dan mencarinya....Ya Allah, Kau kuatkanlah semangatku dan berikanlah kesabaran untukku menghadapi semua dugaan-Mu...amin :(

Wednesday, October 20, 2010

Kekecewaan....



~ 7 hari berlalu, 7 hari jua aku kerinduan mendengarkan suaranya, 7 hari jua aku dibiarkan sendirian dan menangis merindukannya, 7 hari jua aku terseksa dan kekecewaan menemani setiap hari...tidak dapat ku gambarkan bagaimana kecewanya kini aku rasakan, hidup umpama layang-layang yang dibawa angin lalu tanpa arah tujuan tanpa ada kawalannya...bagaimana seksa dan kecewanya, aku tahu aku kehidupan tetap harus diteruskan...aku hanya mampu semoga aku mendapat kekuatan dari-Nya, semoga kekecewaan yang ada dapat diubati walaupun aku sendiri tidak tahu macam mana hendak mengubati dan memujuk hatiku yang telah kecewa kini....

Thursday, October 14, 2010

Suram....

~ 14hb berlalu begitu saja, tanpa ucapan 'happy anniversary' yang biasa ku dengar dan ku terima darinya...hari yang penuh makna dalam hidupku, hari yang telah memberikan seribu kebahagian dalam hidupku yang mana kenangannya akan aku bawa sehingga menutup mata...

~ Sekali lagi aku ditinggalkan begitu saja tanpa sepatah kata atau sebaris perkataan, hidup aku menjadi tidak menentu, tidakku tahu bagaimana lagi harus aku mendapatkannya, segala panggilan dan pesanan yang dihantar tidak mendapat perhatian darinya....hati bertanya, apakah lagi kesilapan yang telah ku lakukan...walauapa pun yang terjadi, doa aku sentiasa bersamanya, semoga 'sayang' akan selamat dan bahagia dalam apa jua yang dilakukannya...rindu dan sayangku kepadanya sentiasa seperti dulu walaupun kini mungkin aku tidak wujud lagi dalam hidupnya...

Tuesday, October 12, 2010

kebenaran....


~ Memang betul dan tidak dapat dinafikan lagi, kebenaran adalah sesuatu yang amat memedihkan dan memilukan hati kerana dengan kebenaran yang ada telah membuktikan sesuatu yang tidak dijangka dan bukan yang kita mahukan telah berlaku...walaupun kebenaran memedihkan dan memilukan hati tetapi ianya lebih baik dari terus dibohongi....semakin hari semakin berkecai hatiku, bagaikan disiat satu persatu dengan apa yang terjadi tetapi semua itu harus jua aku tempuhinya dan sekiranya diberi pilihan antara masa depan dan masa silam, ingin sekali aku memilih masa silam yang penuh dengan keindahan, segala-galanya ada untuk aku....bukan maksud aku untuk menafikan kuasa Allah, Qadak & Qadarnya tetapi aku sendiri tertanya kenapalah aku diduga sebegini berat....

~ Kini, dari hari ke hari aku makin kehilangan kasih sayang dari insan2 yang aku sayangi dan sanjungi, insan2 yang pernah membahagiakan dan membuatkan hidup aku penuh dengan cahaya dan keindahan, membuatkan aku sering berasa sungguh bertuah dilahirkan sebagai diriku dan kini semua perasaan itu telah hanyut begitu saja dan apa yang ku inginkan kini dan jika diizinkan dan diberikan pilihan, hanyalah kembali-Nya....tak tertanggung lagi rasanya dengan apa yang berlaku.

For me: "God, please take me now!"
For sayang: "Happy live"
For someone who ruin my life: " You're the luckiest woman"


For man in a green and white shirt...
A person with a solid heart
will sigh and cry
with such a hurt
A person with a gold heart
will sit and pray to die
rather than go through this misery
A person with an iron heart
will be willing to give up life
rather than to give up hope
to such melancholy!
Compared to me....
with a heart of flesh and blood...
God...take my breath
and make me peace at heart!


~ Hanya kesabaran dan ketabahan dapat mengubat kelukaan hati ini...ketulusan cinta dan sayangku kepadanya melebihi segala-galanya dan kini, aku hanya mampu berserah pada Allah dalam menentukan segalanya

Thursday, October 7, 2010

kepedihan hidup....

~ Ku sangkakan awan hitam yang berlalu takkan kembali lagi memayungi keindahan hidup ini, rupa-rupanya kembali meliputi keindahan yang ada, gelap kurasakan hidup kini dan rasanya ianya akan memayungi hidup ini....

~ Tanpa kata, bicara mahupun sepatah ungkapan aku dibiarkan sendirian tanpa aku ketahui apakah kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan...teramat pedih dan pilu aku rasakan sekarang, terasa seperti kehidupan ku tidak bermakna lagi....

~ Setelah hampir 3 tahun aku melayari dan berkongsi kasih sayang dan segala-galanya, kehidupan ku seharian begitu indah sekali, tak lepas dari message2 yang begitu indah sekali but kini segala-galanya menuju kehancuran atau penghujungnya...aku ditinggalkan sendirian tanpa ada lagi 'morning sayang'. 'love u sayang' yang selalu menemani seharian ku....malam ku kini tidak ader lagi mimpi indah yang menemani, tidur ku tidak lagi lena dan malam seakan sama seperti siang hari , seperti biasa tiada lagi panggilan ataupun ucapan 'gudnite sayang' sebelum aku melayari mimpi2 indahku....

~ Walaupun teramat pedih kurasakan kini tetapi tiada apa yang mampu ku lakukan lagi, segala-segalanya ketentuan Ilahi, aku cuma mampu pasrah dan berdoa semoga ianya akan kembali seperti biasa....aku juga berdoa semoga kebahagian menyebelahinya, semoga si dia bertemu dengan apa yang diimpikannya...cuma apa yang ku pinta darinya hanya satu iaitu kata-kata yang perlu diucapkannya, adakah aku masih diperlukannya ataupun aku kini tidak lagi berada di dalam hatinya...aku rela dan redha dengan apa jua keputusan yang akan diberikannya...


Friday, October 1, 2010

Welcome October....

~ kini october muncul kembali meninggalkan september dengan pelbagai keperitan dan kepedihan yang telah dilalui...diharap munculnya october akan membawa kembali keindahan yang pernah dilalui sebelum ini...

~ Keadaan hampir pulih seperti sebelumnya, itu yang dapat kurasakan ini...alhamdulillah, diharapkan awan hitam tidak lagi melindungi keindahan cahaya yang menerangi perjalanan hidup kami :)

Thursday, September 30, 2010

Kawanku....

~ Seperti yang pernah ku katakan, hidup manusia memang tak pernah lepas daripada pelbagai dugaan dan kini kawanku pula diduga dengan dugaan yang begitu berat sekali di dalam hidupnya...mendapat tahu bila si suami mempunyai orang lain amat menyakitkan dan memilukan hati, cinta dan sayang yang telah dijalinkan dengan hubungan yang sah dari sisi agama kini berantakan demi kerana munculnya orang ke-3...si suami yang dahulunya begitu lembut dan penyayang kini bertukar menjadi seorang lelali yang cepat marah dan mampu mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang suami...

~ Apakah alasan jauh antara satu sama lain merupakan satu alasan untuk mencari orang lain? jika selama 5 tahun sebelumnya semua itu mampu diharungi mengapa kini tidak? Apa lagi yang mampu seorang perempuan lakukan demi memenangi hati seorang suami, setelah begitu banyak sekali pengorbanan yang telah diberikan....hanya tangisan yang menemaninya setiap masa dan aku sebagai seorang teman cukup bersimpati terhadapnya dan aku sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

~ Ya Allah, kenapalah perempuan selalu mendapat ujian sebegini hebat...

Tuesday, September 28, 2010

Dugaan hidup....


~ Sudah menjadi lumrah hidup manusia di dunia ini yang tak lepas dari pelbagai dugaan, tanpa dugaan yang ada, mungkin hidup kita hambar dan tidak bererti, walaupun ada kadangkalanya dugaan yang datang dan tiba cukup membuatkan hidup kita tidak menentu dan menguji kesabaran dan keimanan yang ada...hanya semangat dan kesabaran mampu menjawab segala-galanya.

~ Dugaan demi dugaan yang tiba dilalui, mematangkan lagi kehidupan serta perhubungan yang ader...begitu juga dugaan yang perlu diharungi oleh aku dalam mempertahankan perhubungan di antara aku dan sayang...aku sendiri tidak mengerti dan tidak faham kenapa masih ader yang begitu benci dan cemburu dalam melihat kebahagiaan dan keserasian yang ader di antara kami...atau mungkin juga cemburu melihatkan aku mempunyai seorang kekasih yang cukup menyayangi dan mengasihiku, cukup penyayang, baik hati serta good looking, memang handsome...sesiapa pun akan menoleh 2 kali apabila melihatnya, salah satu anugerah yang begitu aku kagumi dalam dirinya...

~ Walauapapun dugaan yang datang, akan ku cuba mengatasinya sebaik mungkin...tiada apa yang dapat memisahkan aku dan sayang kecuali Yang Maha Esa...pohonku agar perhubungan kami kekal selamanya...insyaallah. amin.

Sunday, September 26, 2010

~ Hati bertanya sendiri, kenapa lar ader juga manusia yang cemburu hati dan ingin memusnahkan kebahagiaan orang lain...kenapa lar aku dan sayang yang menjadi mangsanya. Ingin aku katakan aku cukup bahagia dengan sayang sekarang, so hentikanlah sifat cemburu anda tersebut terhadap kami berdua...if anda rasa yang anda ingin membuatkan hatiku sakit dan sedih, sudah pasti anda harus berbangga kerana anda memang telah berjaya menyakit dan membuat hidupku tak tentu arah but aku tahu apa yang terjadi akan ader kebenarannya...biarkan kami terus dengan kebahagiaan yang kami kecapi sekarang. satu pintaku, hentikan lar semuanya ini.

~ Sayang....mekasey kerana sifat terus terang dan jujur dengan lisa. setiap apa yang jadi memang menduga lisa...

Saturday, September 25, 2010

Kepedihan hati....

~ Hari2 ku berlalu dengan mendung menutupi cahaya yang ader, semakin hari semakin gelap kurasakan...aku sendiri tak tau apa yang perlu dilakukan lagi but aku tahu apa yang terjadi ader rahsia disebaliknya dan aku hanya mampu pasrah diatas segalanya...semoga Allah menunjukkan segala kebenaran yang ader.


Pasrah

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cinta
Yang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai

Kini aku..pasrah
Dengan segalanya
Kepedihan itu
Masih terasa
Apakah salahku
Apakah dosaku
Tuhan berilahku petunjukmu
Redha dengan kehendakmu
Cukup kali ini
Kau menyakiti berulangkali
Tak usahlah kembali
Dengan rela hati
Melepas kau pergi....

Ingin ku sendiri
Meniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori

Friday, September 24, 2010

morning allz....


~ Morning semua....hari baru menjelma lagi, hopefully hari ini menjanjikan sebuah hari yang bahagia buat diriku...agak lena tidurku semalam, maybe disebabkan perbualanku dengan sayang menjawab setiap persoalan yang ada dan kepada yang cuba mengeruh dan memusnahkan kebahagian kami, hentikanlah saja perbuatan tersebut....walau sedikit sebanyak ianya telah membawa sedikit kejayaan kepada anda but aku tahu kasih sayang dan kesetiaan antara kami berdua akan dapat mengatasi segalanya...cuma aku pinta, usah diganggu kebahagian yang sedang orang lain kecapi, carilah kebahagian anda sendiri...

~ Thanks sayang diatas segalanya...kasih sayang dan kebahagian yang ader takkan lisa siakan :)


Demi Kasih Sayang


Lupakan aku saja
dari kaca fikiran
andainya bersamaku
engkau tidak bahagia

Aku bukannya insan
ingin cinta percuma
sehingga aku sanggup menantimu
walau berabad lama


Cintaku bukan kerana harta
cintaku tidak kerana paras rupa
sedarilah kasih...
Cintaku harap hingga ke syurga
bersama-samamu


Demi kasih sayang
yang aku pertahankan
sanggupku meniti
malam tanpa mimpi

aku berdoa kita dapat berdua
hingga ke akhir hayat
untuk selama-lamanya


Aku bukannya insan
ingin cinta percuma
tetapi aku sanggup menantimu
walau berabad lama




Thursday, September 23, 2010

SUARA


Di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu, masih tanpamu

bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu

suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya





Bila Cinta



Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yangku dapat
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana


Uuu…

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

.....
Dalam harapan ...uuuu

hari baru....

~ Hari baru muncul lagi meninggalkan hari2 sebelumnya dengan seribu kenangan, pergi dan meninggalkan kita dengan begitu pantas tanpa menunggu walau sesaat pun...seandainya ader alat yang boleh membawa kembali hari2 yang indah dalam hidupku, akan aku pastikan yang aku adalah orang pertama yang memilikinya...akan ku kembali ke hari-hari yang indah dalam hidup aku sebelumnya dan memadamkan hari-hari yang penuh dengan kesedihan dan kekecewaan dalam hidupku but aku tahu semua itu hanyalah impian semata-mata...seandainya masa yang lalu dapat dikembalikan dan diubah, sudah tentu tiada kenangan pahit dalam kehidupan ini...

~ Semalaman begitu sukar sekali untuk aku lelapkan mata, terlalu banyak yang bermain difikiran, hari ke hari hatiku menjadi begitu kacau sekali dan kepedihan yang aku lalui setiap hari semakin membuatkan aku sakit...aku sendiri tak tau dengan siapa lagi aku nak bercerita dan meluahkan segala-galanya, semua yang ader semakin jauh dari kehidupanku...apa yang boleh dilakukan kini hanyalah pasrah dengan segala apa yang berlaku...walau apapun yang terjadi aku tetap aku, Nurul Aleyssa yang dahulu yang tak mungkin akan berubah dan setiap janji yang dilafazkan akan cuba aku laksanakannya sebaik mungkin...janji lisa tetap janji

Wednesday, September 22, 2010

masa berlalu......


~ Masa berlalu begitu pantas sekali, semakin hari semakin 2010 berlalu pergi dengan seribu pengalaman dan cerita suka duka, berlalu meninggalkan kita tanpa menunggu walau sesaat pun...

~ Begitu juga dengan apa yang aku alami, terlalu duka yang terpaksa ditempuhi tanpa dipinta atau diduga...berlalu dengan Februari yang mematang dan menambahkan lagi usiaku, walaupun diraikan secara sederhana but aku terasa begitu happy kerana dikelilingi oleh kawan2 dan orang yang aku sayang...walaupun sambutan diadakan lewat beberapa hari but cukup meninggalkan seribu memori yang indah...berlokasi di janda baik. thanks for 'sayang', yatie & abe, lost & family, jai, snake & rina....u all memang best :)

~ Februari berlalu dan disambut dengan April 14 yang menambahkan lagi usia perhubungan aku dengan 'si dia', terlalu indah perhubungan yang dilalui oleh aku walaupun ada kalanya selisihfaham terjadi antara kami but itu semua asam garam dalam berkasih sayang, ditambahkan dengan caranya yang pandai memujuk, cepat je buat aku kembali senyum...tanpa disedari sudah 2 tahun perhubungan kami, thanks sayang :) terlalu banyak kenangan manis yang lisa dapat...dari hari ke hari bertambah kuat rasanya kasih dan sayang untuknya dan aku berdoa semoga impianku untuk bersamanya sepanjang usia diberkati Allah S.W.T

~ June 14 datang lagi dan bermakna bertambah lagi usia 'si dia'...Happy Birthday sayang :) ...doa lisa semoga kehidupan sayang sentiasa dirahmati Allah S.W.T, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan mendapat yang terbaik dalam hidup sayang...tiada apa yang mampu diberikan sebagai hadiah selain dari kasih sayang lisa yang tak pernah dan takkan berbelah bahagi...walaupun lisa tau lisa bukan yang terbaik untuk sayang but lisa akan cuba dan berusaha menjadi yang terbaik dalam hidup sayang.

~ July, August dan kini September hampir penghujungnya menambahkan lagi pelbagai cerita dalam hidupku...kehidupanku banyak berubah dari hari ke hari yang bermula dengan sikap bonda yang mula kurang senang dengan aku disebabkan penolakan aku dengan rancangannya dalam menentukan kehidupan masa depanku but aku tau yang pilihan aku itu adalah yang terbaik...walaupun kini dilabelkan sebagai anak yang degil tapi aku tau itu semua adalah pilihan aku sendiri walaupun sebelumnya tidak pernah sekali pun aku menyakiti hati bonda atau engku...rasa kasih dan sayang terhadap 'si dia' membuat aku terpaksa berbalah dengan bonda dan kini 'manja' bukan lagi manja bonda sepertimana waktu dahulu walaupun ada kadangkalanya aku rindukan sentuhan dan belaian mesra bonda seperti waktu terdahulu...kini aku hanya ada 'sayang', tempat untuk aku bermanja, meluahkan perasaan dan berkongsi masalah...dan aku amat bersyukur kerana 'sayang' seorang yang penyayang dan memahami apa jua yang aku inginkan...

~ Hari ke hari sayangku kepadanya semakin menebal dan tak mungkin lagi ada yang dapat menggantikan tempatnya dan aku berjanji dengan diriku sendiri walau apapun yang terjadi, kasih dan sayangku hanya untuknya...harapanku semoga 'sayang' pun begitu juga...

~ Kini, hari ke hari apa yang dapat aku rasakan 'sayang' semakin jauh dariku yang bermula dengan pelbagai selisihfaham dan masalah yang datang, yang mana aku sendiri berasa begitu 'useless' tanpa dapat membantunya...terlalu banyak yang meyedihkan dan pedih untuk aku hadapi, aku sendiri mencari apakah kesilapan yang telah aku lakukan yang membawa 'sayang' semakin jauh dari hidupku....aku sendiri tidak pasti apakah perasaannya padaku sekarang...semakin hari juga semakin sukar untukku berbual dengannya, message juga semakin hari semakin berkurangan...perasaanku bercampur aduk kini, sedih, pedih, sayu dan takut bermain2 dalam kehidupan seharianku kini, aku sendiri tak tau apa yang perlu dilakukan lagi dalam memenangi hatinya, aku rasa aku semakin kehilangannya, tiada apa yang mampu aku lakukan selain airmata yang menemaniku setiap masa, kerinduan kepadanya semakin lama semakin membuat aku sakit...pelbagai persoalan bermain dalam fikiran, adakah 'sayang' telah bertemu dengan seseorang yang lebih baik dan lebih membuatkannya gembira dari apa yang dialaminya bersama aku sebelum ini atau adakah aku telah membuat sesuatu yang meyakiti hatinya...aku sendiri tak tau :(

~ Ramadhan berlalu pergi dan membawa Syawal kembali dan kini Syawal juga hampir meninggalkan kita...sepanjang itu juga perhubungan kami berantakan, terlalu banyak masalah yang datang yang mana menggheret sekali perhubungan kami dan sedikit sebanyak meninggalkan kesan yang amat pedih untuk aku hadapi...kini, aku rasa semakin hilang arah dalam kehidupanku sendiri, semakin jauh aku rasakan dari semua orang yang aku sayang, dari bonda, family dan 'si dia'.

~ Beberapa hari juga Malaysia telah ku tinggalkan dan begitu juga orang yang aku sayang...beberapa hari ini juga, airmata menjadi peneman setiaku...jauhnya aku tinggalkan tanahair begitu jua jauhnya aku dirasa ditinggalkan sayang...kini, semakin hari semakin susah untuk aku mendapatkannya, panggilan dan messagenya susah sekali untukku terima dan begitu juga dengan panggilanku yang begitu susah sekali untuk mendapat jawapan...walaupun begitu, aku akan tetap sayangkannya tanpa mengira apa jua yang terjadi :(