Friday, July 17, 2009

~ hari2 baru....

~ Hari baru bermula lagi, begitu cepat masa berlalu meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan semoga hari2 baru yang menjelma menjanjikan sesuatu yang indah dan yang terbaik untuk kita, insyaallah...
~ begitu juga dengan kehidupanku yang perlu diteruskan walaupun ingin rasanya aku kembali ke masa lalu membetulkan kesilapan yang ada....
~ semalaman aku cuba melelapkan mata tapi bukan semudah yang disangkakan, bermacam yang bermain dalam fikiran membuat mataku agak sukar untuk lena....malam berganti siang, gelap bertukar cerah dan mataku masih segar dan masih tak mahu lena...
~ satu lagi hari yang membosankan perlu ku lalui, hari kedua bercuti. aku sendiri tak tau apa yang nak dilakukan selain membaca novel dan melayari internet....

~ lebih kurang jam 8 malam di riyadh, berkumandang suara 'si dia' di udara sakozfm, ramai gak listener yang mendengarkan celotehnya, tak henti2 menceceh ;))...terhibur hati dibuatnya, terlupa seketika apa yang telah berlaku sebentar tadi...sesambil mendengarkannya ke udara di sakozfm, sesambil itu juga kami berbual sambil melihat sesama sendiri, wajah yang begitu aku rindukan...tercapai juga apa yang aku inginkan dari semalam lagi, mekasey sayang...

No comments:

Post a Comment