Saturday, December 18, 2010

Sebulan berlalu.....


~ Hari ini genap sebulan berlalu pergi, berlalunya pergi seorang insan yang paling ku sayang, berlalu meninggalkan aku begitu sahaja...disaat jiwaku merintih teringatkanmu wahai kekasih, setiap saat merindu dan mengharap...sakitnya hati aku bagai dipanah duri sembilu, apakah dosaku diperlakukan sebegini, diri terseksa setiap waktu...

~ Dia yang dipuja dan dirindu, tiada disisi... Sesekali teringin jua untuk merasakan manisnya cinta, namun mengapa aku tidak berdaya menggapainya...mungkinkah itu suratan azali

Tuesday, December 14, 2010


~ 14hb datang lagi dan kini hampir berlalu meninggalkan aku...hari yang berlalu tanpa sebarang ucapan seperti hari-hari sebelumnya....satu tarikh yang cukup bermakna dalam hidupku, tarikh yang meninggalkan segala kenangan yang indah yang tak mungkin akan boleh dilupakan, kenangan yang akan ku bawa sehingga ke hujung nyawa, kenangan yang akhirnya membuatkan diriku sendiri merana, sengsara dan terseksa seorang diri, menahan segala kelukaan dan kesedihan sendirian...hanya Allah S.W.T yang mengetahui apa yang aku rasakan kini...derita dan kepedihan yang sedikit pun tidak mendapat simpati malah diraikan dengan kegembiraan diatas kelukaan yang ku terima...aku tahu Allah Maha Melihat dan Maha Mengasihani dan aku tahu setiap kejadian ada hikmah dan rahmat-Nya...setiap apa yang dilakukan ada balasannya cuma masa yang menentukan segalanya...kebahagian yang dicari dengan memusnahkan kebahagian dan menyakiti hati perasaan insan lain tak mungkin akan kekal untuk selamanya...

Thursday, December 9, 2010

~ Alhamdulillah, setelah seminggu lebih berada di hospital, kini aku dibenarkan keluar, hari yang ku nantikan, terasa seperti setahun berada dalam tahanan dan baru kini ku tahu betapa sakitnya menjadi seorang pesakit...ditemani bonda dan engku membuatkan aku merasa sungguh terharu dengan kasih sayang yang mereka berikan, walaupun jauh beribu batu mereka sanggup melalui semuanya itu demi kasih terhadap anaknya ini, thanks engku, thanks bonda...love both of you.

~ Dalam kegembiraan dapat kembali semula ke kediaman ku dan berada dalam kasih sayang engku dan bonda, hatiku merasa sedih dan pilu, sedih dan pilu kerana orang yang paling aku sayang tiada di sisi, tiap saat dan waktu aku menantikan khabar darinya tetapi semuanya hanya angan-angan kosong ku sahaja...berdoa dan memohon kepada Allah agar keajaiban berlaku, menantikan khabar darinya, namun kini aku tahu aku sudah hilang dari ingatan dan hatinya, dibuang dan dilupakan begitu sahaja...hati merintih setiap waktu merindukannya, rindu yang semakin hari semakin menyeksa jiwaku...aku sendiri tidak tahu macam mana untuk aku hilangkan semua itu, semakin ingin dilupakan semakin ia datang menyeksa hari-hari ku, hari-hari yang terpaksa aku lalui tanpa dirinya...tak pernah sekali terfikir yang aku akan melalui dugaan yang sebegini hebat dan tidak pernah sesekali terlintas difikiran yang aku akan disakiti sebegini sekali...Ya Allah, adakah ini takdir-Mu untuk menguji kesabaran dan ketabahanku...aku pasrah dan redha jika ini ujian-Mu untuk diriku

Saturday, December 4, 2010


~ 2 minggu berlalu, 2 minggu juga aku kehilangannya, kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidupku...2 minggu juga aku menanggung kerinduan yang teramat sangat, 2 minggu juga aku dibiarkan menanggung segalanya...aku dilupakan begitu saja seperti aku tak pernah wujud di dalam kehidupannya...apakah tiada satu pun yang baik tentang diriku yang dapat mengingatkannya kepada diriku, apakah kini semuanya keburukan saja yang ada dalam fikirannya?

~ Seminggu aku berada di hospital akibat menanggung sengsara dan kerinduaan kepadanya, usahkan ucapan sayang yang ku terima seperti sebelumnya, perkhabaran aku juga tidak ku terima...setiap saat menantikan khabar darinya tetapi itu semuanya hanya impian dan penantian yang tiada penghujungnya...memang hati yang menyakiti tidak akan merasa kesakitan sepertimana kesakitan yang dialami oleh hati yang disakiti, hanya Allah yang tahu betapa merana dan sengsaranya aku kini....

~ kenapa aku disakiti sebegini sekali, apakah kesalahan yang telah aku lakukan...kenapa tiada sedikit pun belas kasihan untuk diriku, kenapa aku dibiarkan menanggung semua ini...apakah hilang terus perasaan sayangnya pada diriku, apakah tiada secebis zarah pun yang tinggal dihatinya...apakah semua kenangan yang ada telah dibuang begitu saja...hampa dan terlukanya perasaan ini hanya Allah yang memahami dan aku sendiri tidak tahu bila luka ini akan dapat diubati, mungkin jua sampai ke akhir hayat

~ Apakah dengan ayat gertakan yang aku kirimkan kepadanya telah merubah kasih sayangnya sekaligus, kenapa keikhlasan aku dipertikaikannya, jika betul keikhlasan aku menjadi penyebabnya segalanya musnah, apakah maksud keikhlasan dalam dirinya? jika betul dia ikhlas dengan diriku kenapa aku menjadi mangsa penipuannya dan kenapa kasih dan sayang yang aku berikan kepadanya telah dihancurkan dengan mencari perempuan lain, apakah ikhlas itu namanya...fikiran aku kini bercelaru dan aku sendiri tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi, sebaik mungkin aku cuba menjaga hatinya tetapi hatiku sendiri telah dilukakannya dengan kehadiran orang ke-3....hancur kini segalanya, musnah kehidupanku kini...

~ Aku tahu Allah itu Maha Adil dan Maha Melihat yang mana tidak satu pun akan terlepas dari pandangannya dan aku juga tahu yang hidup ini umpama roda yang berputar, yang mana kini aku berada dibawah menanggung kesakitan dan kelukaan yang teramat pedih dan tidak mustahil apa yang aku lalui kini akan dilalui jua oleh kalian, hanya masa yang menentukannya....bergembiralah dan bersuka-rialah diatas kesakitan dan kelukaan yang aku lalui, semoga kalian berdua bahagia dengan apa yang telah kalian lakukan...