~ Dec 11...agak lewat pagi ini ku sedar dari lena, mungkin disebabkan kepenatan semalam masih belum hilang...setelah mandi dan menyiapkan diri, aku terus turun ke bawah untuk sarapan pagi...hari ini aku dan kawan2 telah merancang untuk mengikuti dessert trip, agak mencabar juga katanya trip kali ini....
~ Jam 1300 hrs, setelah berkumpul kami semua di bawa ke King Faisal Hospital untuk dibawa ke tempat yang telah ditetapkan bagi trip tersebut...dari King Faisal Hospital, aku dan 3 kawan yang lain telah dibawa ke Brown Herd (nama dessert yang kami lawati). Agak mencabar perjalanan kami, dengan laluan yang berbatu, turun naik bukit dan keadaan yang berdebu memang menguji ketahanan kami...kira2 jam 0230 petang, kami dengan selamatnya telah sampai ke tempat tersebut, agak ramai juga peserta yang telah hadir...setelah sessi pendaftaran berakhir, kami semua peserta diberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang trip tersebut, bermula dengan hiking (kami memilih untuk mengikuti long distance walk), aktiviti yang begitu mencabar sekali yang menguji daya stamina dan ketabahan kami para peserta...setelah bertungkus lumus mendaki bukit dengan laluan yang penuh mencabar, akhirnya sampai juga aku dan kawan2 dikemuncaknya, alhamdulillah...Ya Allah, indahnya sungguh alam ciptaan-Nya, dari atas dapat ku perhatikan begitu indah sekali keadaan persekitaran dengan bukit2 batuan yang begitu unik sekali....satu lagi cabaran yang perlu dilalui oleh kami, iaitu cabaran menuruni bukit dan penuh dengan curam batuan, agak menguji ketahanan fizikal dan mental...setelah hampir satu jam menuruni curam yang begitu mencabar, sampai juga akhirnya kami dipermukaan bumi, fuhhhh!!!, nak tercabut lutut dibuatnya but memang best sekali :)
~ Jam 0730 malam, dengan selamatnya aku sampai ke villaku setelah dihantar pulang oleh Ian, seorang kawan (canadian) yang kami kenali semasa trip tersebut....penatnya badan
~ Setelah membersihkan badan dan minum susu, masanya untuk merehatkan badan, tidur. Takkan dapat lena sekiranya tak ku dengar suara sayang terlebih dahulu, lalu sayang ku hubungi...alahai, ciannya dier, masih belum sihat lagi, risau mendengarkan suaranya yang begitu serak dan macam dalam kelemasan sahaja, selsema masih ader katanya...semoga cepat sembuh sayang. Get well soon...
~ Jam 10 malam, waktu untuk tido....GUD NITE SAYANG & GUD NITE EVERYONE :)
No comments:
Post a Comment