Thursday, December 31, 2009

Sunday, December 20, 2009

~ hari yang suram...

~ Dec 20...hari ku berlalu dengan begitu suram sekali, terasa begitu 'lonely' dan kosong...terasa begitu lemah sekali, maybe disebabkan oleh tidak tidur semalaman...terasa masa begitu perlahan berlalu, jam setiap masa ku perhatikan, menantikan masa bilakah dapat ku berbual dengannya, terasa begitu rindu sekali kepadanya...
~ Jam 0240 petang aku menerima message darinya yang menyatakan dier dah sampai rumah, setelah beberapa message diterima dan dibalas dengan janji untuk bertemu dilaman cyber, tak tau apa yang berlaku, maybe aku sendiri yang salah cakap, keputusan untuk mendiamkan terus dibuat olehnya, pm ku di ym juga tidak berbalas dengan statusnya yang menyatakan moodnya yang tidak baik, sms ku juga tidak mendapat balasan....dengan kebodohanku sendiri, akhirnya aku sendiri yang terpaksa menanggungnya.......
~ Saat ke minit, minit ke jam, aku menunggu sekiranya dier berubah fikiran dan akan membalas pm ku tadi but sehingga ke waktu ini tiada apa2 balasan yang ku terima...'serve ur right Nurul Aleyssa'
~ 5 petang, waktu untukku menyiapkan diri, bermula tugasku pada malam ini setelah 3 hari meninggalkan unit, hopefully semuanya okey walau dapat ku rasakan aku yang tak okey....

Saturday, December 19, 2009

~ :)

~ Dec 19...hariku bermula dengan menghadiri class seawal jam 0830 hrs, segalanya bermula dengan sempurna...walaupun topik class pada hari ini agak begitu membosankan but ader setengah part yang begitu menarik perhatianku...class diselangi dengan break yang tidak sebegitu panjang but kuluangkan break yang ader dengan call 'si dia', setiap masa dier sentiasa dalam ingatan walaupun sesibuk mana hari ku, aku akan pastikan yang dier aku hubungi walaupun seminit, cukup dengan mendengarkan suaranya dan hari ini aku tahu dier sibuk dengan tugas yang perlu diselesaikan...
~ 10 minit sebelum 4 petang, class ditamatkan dengan sessi soal jawab dan aku telah mengambil keputusan untuk pulang lebih awal walaupun ader kawan yang mengajak membincangkan kembali topik sebentar tadi...
~ aku mengambil keputusan untuk pulang dengan menaiki teksi tanpa menunggu pemanduku, hopefully if sampai awal, aku akan dapat spend masaku dengan 'si dia', melalui ym :)
~ setibanya dirumah, pesanan ringkas aku sent untuk 'si dia' dengan menyatakan yang aku telah sampai di rumah but......???? Penantian memang satu penyiksaan.....
~ 10 malam, masa untuk merehatkan diri dan mata but aku tau apa yang pasti aku takkan dapat melenakan mataku sepanjang malam ini...GUD NITE EVERYONE N SWEET DREAMS

Monday, December 14, 2009

~ kembali lagi....

~ Dec 14...
14hb datang lagi, satu tarikh yang begitu memberi makna di dalam hidupku, satu tarikh dimana aku diberi peluang untuk melihat keindahan dunia, tarikh aku berpeluang menumpang dan berkongsi kasih sayang dengan 'si dia' dan juga merupakan tarikh 'si dia' dilahirkan...ini bermakna bertambah lagi usiaku dan bertambah juga usia perkenalan aku dengan 'si dia'... 'HAPPY ANNIVERSARY' :)

Sunday, December 13, 2009

~bersendirian....

~ Dec 13...kepenatan semalam masih lagi terasa, semalam begitu sibuk sekali keadaan unit, namun semuanya dapat diatasi dengan teamwork yang ada...
~ walaupun kepenatan begitu terasa sekali namun semalaman aku tidak dapat melelapkan mata, maybe terlalu banyak yang ader di dalam fikiran...walaupun hari ini merupakan cuti untukku but aku rasa takde pun bercuti, aku lebih rela lagi bekerja dari duduk dirumah, lonely sungguh aku rasakan bila dirumah, tiada teman untuk berbual apatah lagi untuk bercerita, semuanya busy dengan kehidupan masing2...
~ untuk yang tersayang, lisa doakan cepat sembuh dari selsema tu dan gud luck untuk game hari nie...

Friday, December 11, 2009

~lovely day....

~ Dec 11...agak lewat pagi ini ku sedar dari lena, mungkin disebabkan kepenatan semalam masih belum hilang...setelah mandi dan menyiapkan diri, aku terus turun ke bawah untuk sarapan pagi...hari ini aku dan kawan2 telah merancang untuk mengikuti dessert trip, agak mencabar juga katanya trip kali ini....
~ Jam 1300 hrs, setelah berkumpul kami semua di bawa ke King Faisal Hospital untuk dibawa ke tempat yang telah ditetapkan bagi trip tersebut...dari King Faisal Hospital, aku dan 3 kawan yang lain telah dibawa ke Brown Herd (nama dessert yang kami lawati). Agak mencabar perjalanan kami, dengan laluan yang berbatu, turun naik bukit dan keadaan yang berdebu memang menguji ketahanan kami...kira2 jam 0230 petang, kami dengan selamatnya telah sampai ke tempat tersebut, agak ramai juga peserta yang telah hadir...setelah sessi pendaftaran berakhir, kami semua peserta diberi penerangan mengenai aktiviti yang akan dijalankan sepanjang trip tersebut, bermula dengan hiking (kami memilih untuk mengikuti long distance walk), aktiviti yang begitu mencabar sekali yang menguji daya stamina dan ketabahan kami para peserta...setelah bertungkus lumus mendaki bukit dengan laluan yang penuh mencabar, akhirnya sampai juga aku dan kawan2 dikemuncaknya, alhamdulillah...Ya Allah, indahnya sungguh alam ciptaan-Nya, dari atas dapat ku perhatikan begitu indah sekali keadaan persekitaran dengan bukit2 batuan yang begitu unik sekali....satu lagi cabaran yang perlu dilalui oleh kami, iaitu cabaran menuruni bukit dan penuh dengan curam batuan, agak menguji ketahanan fizikal dan mental...setelah hampir satu jam menuruni curam yang begitu mencabar, sampai juga akhirnya kami dipermukaan bumi, fuhhhh!!!, nak tercabut lutut dibuatnya but memang best sekali :)
~ Jam 0730 malam, dengan selamatnya aku sampai ke villaku setelah dihantar pulang oleh Ian, seorang kawan (canadian) yang kami kenali semasa trip tersebut....penatnya badan
~ Setelah membersihkan badan dan minum susu, masanya untuk merehatkan badan, tidur. Takkan dapat lena sekiranya tak ku dengar suara sayang terlebih dahulu, lalu sayang ku hubungi...alahai, ciannya dier, masih belum sihat lagi, risau mendengarkan suaranya yang begitu serak dan macam dalam kelemasan sahaja, selsema masih ader katanya...semoga cepat sembuh sayang. Get well soon...
~ Jam 10 malam, waktu untuk tido....GUD NITE SAYANG & GUD NITE EVERYONE :)

~ busy day...

~ Dec 10...hari yang agak busy untukku, bermula seawal jam 7 pagi aku telah memulakan tugas setelah 3 hari bercuti...sebagai team leader, begitu banyak yang perlu aku lakukan, dari kebajikan pesakit hingga lar ke break coverage...awal pagi berlalu dengan tenang sekali, sehingga lar jam 11 pagi, keadaan unitku menjadi agak busy when one of patient went to arrested while sitting on the chair, after few minutes resuscitation, patient revived and unit became quiet again...
~ Tugasku berakhir dengan kemasukkan seorang pesakit baru, a lots of things have to be settle but everythings it's more easy with good team works, it last only for less than hour...
~ Kesibukkan bekerja diganti dengan kemeriahan parti yang dihadiri, 'End of the Year Party'...agak ramai juga teman2 yang hadirkan diri, bermula dengan jamuan makan dan diselangi dengan tarian yang begitu menghiburkan, terlupa seketika kepenatan yang dilalui sebentar tadi...berakhirnya parti kira2 midnight dan masing2 mula mengundurkan diri, tidak terkecuali juga aku yang tiba di rumah kira2 jam 1230 malam....begitu penat sekali dirasakan, begitu juga mata yang menjadi begitu layu sekali, tandanya mengantuk yang teramat sangat, 'time for bed'....'GOOD NITE EVERYONE N GUD NITE MY LOVE :)

Wednesday, December 9, 2009

~ masa2 yang berlalu....


~ 3 bulan berlalu dan ini bermakna 3 bulan tidak ku ceritakan dan berkongsi ceritaku dengan yang lain....August berlalu dengan bermula puasa bagi semua umat Islam dan august juga membawa aku dengan 3 sahabat baikku (kasturi, nabima & eliska) ke negara europe iaitu Barcelona, Sepanyol bagi menghadiri European Society of Cardiology Congress. Seawal pagi 28hb August @ 0430 hrs, kami telah ke airport. British Airways, flight yang membawa kami ke Madrid dengan transit selama 2 jam di Heathrow Airport, London. Malangnya kami telah terlepas flight untuk ke Barcelona dari Madrid disebabkan kelewatan flight dari London, so kami terpaksa mengambil domestic flight untuk ke Barcelona....Kira2 jam 0830 malam dengan selamatnya kami tiba di Barcelona, alhamdulillah. Indah sungguh ciptaan Tuhan, memang menarik sekali Barcelona ditambah lagi dengan keramahan penduduknya. di Barcelona kami telah menyewa sebuah apartment dengan sewa 200 euro/person, not bad, memang selesa...

~ Walaupun hari2 kami penuh dengan jadual yang perlu dihadiri semasa congress tersebut tak bermakna tiada kesempatan untuk kami berempat melawat tempat2 yang menarik di Barcelona...sehabisnya topik yang terakhir kira2 jam 3 petang kami menghabiskan masa hingga ke lewat malam dengan melawat ke tempat2 yang menarik di sana, seperti Sagrada Familia (memang menarik dan amat unik binaannya, merupakan church yang terbesar dan unik di dunia), tak terkecuali Funicular Tabidabo, Gaudi, Pelabuhan Barcelona & St Joseph La Boqueria (fruits market yang begitu popular di Barcelona, antara tempat tarikan pelancong). Walaupun agak penat dengan apa yang dilalui but it's very enjoy, lovely trip....

~ Holiday kami diakhiri dengan trip to London, agak sejuk di sini ditambah dengan hujan but itu semua tidak menjadi halangan untuk kami enjoy di sana...tempat yang sempat kami lawati Bigben, Buckingham Palace, Eyes of london & Madam of Tassauds...
September...bulan puasa atau ramadhan yang penuh dengan kenangan suka dan duka, dari London ke Malaysia, aku meneruskan cuti yang ada, berjumpa dengan orang yang paling ku sayang, melepaskan rindu yang sekian lama dipendam dan menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh sakoz, sekian lama tidak dapat berkumpul, akhirnya dapat jua bertemu walaupun ader jua yang tidak dapat menghadirikan diri dengan alasan tersendiri, agak menghampakan sikit. Pertemuan tersebut tidak hanya diakhiri dengan makan2 tetapi dibawa ke pertandingan bowling lak, bertempat di ampang bowl summit, masing2 berentak menunjukkan kehebatan dan skill masing2, memang menyeronokkan dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama2...4 hari ku abiskan cuti bersama sayang, jika diikutkan aku terpaksa balik untuk meneruskan tugas but cuti yang pendek telah bertambah lagi untuk 2 minggu, itupun atas budi bicara dengan 'boss' ku, alhamdulillah dapat juga aku beraya di Malaysia........
~ Memang bahagia sekali dapat beraya bersama2 keluarga dan orang tersayang but apa yang diimpikan tidak semestinya menjadi kenyataan, segala-galanya hancur berkecai, bonda menjadi begitu lain sekali setelah apa yang dirancangkannya untukku telah ditolak dan tidak sesekali aku menyangka yang bonda akan menjadi begitu kasar dengan diriku, tidak seperti bonda yang ku kenali sebelum ini, maybe aku bukan anak yang baik, sebab itu bonda bertindak sekasar itu but aku ader hidup aku sendiri dan aku berhak membuat pilihan....
~ Aku sendiri pun tak tau apa salah dan apa yang tak kena dengan diriku, bukan bonda sahaja yang upset dengan diriku malah orang yang paling ku sayang dan paling rapat dengan diriku pun upset dengan diriku, Tuhan sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku, mungkin ini juga dugaan dari-Nya buat diriku, terasa diri disisih, tidak dipedulikan dan seperti tidak diperlukan lagi, itulah apa yang dapat aku rasakan, sebaik mungkin aku cuba memberi yang terbaik untuk insan yang kusayangi, mencuba menjadi anak yang terbaik untuk kedua ibubapanya but apa yang pasti aku gagal....
~ tiada kata lagi yang mampu aku katakan, cuma airmata yang menjadi peneman sepanjang perjalanan meninggalkan tanahair, bukan ini yang aku mahukan tetapi itu yang aku perolehi, sesuatu yang tak pernah aku jangkakan....
October...kembalinya aku ke Riyadh untuk menyambung kembali tugas yang terhenti untuk beberapa ketika dengan perasaan bercelaru...ternyata sedih dan airmata yang sentiasa menemani diri, tak tau apa yang sedang difikirkan oleh bonda dan juga 'si dia' pada ketika ini but ternyata aku telah hampakan kedua2nya...
November...2 bulan berlalu, namun sedikit sebanyak peristiwa yang berlaku tetap menghantui diri, walaupun semuanya dikatakan kembali seperti sediakala but sesekali terimbas jua apa yang berlaku... Ya Allah, kuatkanlah semangatku.
~ Percutian ke Paris dirancang, flight dan penginapan serta segalanya telah tersedia but tidak semua apa yang dirancangkan menjadi kenyataan...aku dikejutkan dengan berita kemalangan abang said di India dan keadaannya agak parah...dengan berita tersebut telah membuat aku terpaksa melupakan percutian yang sepatutnya aku habiskan di Paris...percutian ke Paris bertukar menjadi percutian di India satu pengalaman yang paling tidak dapat ku lupakan, 'pengalaman kelakar seram' itu yang paling tepat perlu diberikan untuk percutianku kali ini...melawat ke sebuah negara yang boleh dikatakan antara negara yang termiskin di dunia memang amat menyedih dan ini merupakan first and the last aku ke India...
December...menjelmanya ia bermakna begitu hampir tahun baru akan menjelma dan bakal meninggalkan 2009 yang penuh dengan pelbagai kenangan pahit mahupun manis...:)