Sunday, July 12, 2009

~my lovely holiday...
















2nd June '09
~ Bermulanya cuti, hari ini aku pulang ke malaysia...setelah hampir satu hari perjalanan dan terpaksa transit di Abu Dhabi selama 7 jam, akhirnya selamat juga aku sampai ke tanahair...alhamdulillah. Rindu sungguh rasanya, lagi2 rindukan ' si dia'. setelah lebih kurang 2 bulan menanggung rindu, terubat gak akhirnya....

5th June '09
~ Di luar perancangan, aku dan 'si dia' telah bersetuju dan membuat keputusan untuk bercuti dan menghabiskan masa bersama di salah sebuah pusat peranginan terkenal iaitu PHUKET.....
~ Kira-kira jam 0930 am kami bertolak ke Phuket dengan menaiki pesawat MAS, kira2 satu jam perjalanan akhirnya terjejak juga kaki kami di bumi Phuket...SAWADIKAP
~ Kedatangan kami telah disambut mesra oleh seorang tourist guide 'SURASAK' namanyer, seorang warganegara tempatan yang pandai berbahasa melayu, agak terperanjat gak dibuatnya. kami dibawa ke hotel yang telah disediakan 'THE ROYAL PARADISE HOTEL'. Not bad hotel yang disediakan, taraf 3 stars....
~ Kira2 jam 0630 petang kami telah dibawa ke 'PHUKET FANTASEA', memang best tempatnyer, colorful sungguh, terpegun seketika melihat keindahan ciptaan manusia. bermula ngan jalan2, menunggang gajah (terasa cam maharani zaman dulu2 jer, takut pun ader ) dan setelah puas bergambar, akhirnya kami dibawa menonton sebuah show mengenai sebuah lagenda tempatan 'MAGICAL OF KAMALA'...wowww!!! memang best show tu, warna warni, ader tarian, siap ngan gajah, ayam, kerbau n kambing, semuanya naik pentas...memang tak rugi membeli tiket ngan harga bhat 1600 seorang....
2nd day
~ Setelah breakfast, kami telah menyertai pelancong yang lain ke destinasi yang ditetapkan pada hari ini...kami telah memilih untuk menyertai pakej 'PHANG NAK TOUR'...dengan pakej ini kami telah dibawa ke 4 buah pulau yang terkenal di Thailand, antaranya James Bond Island & Lawa Island...satu hari berada di atas bot, berkayak dan dibawa menjelajah ke dalam gua menggunakan coneo memang menyeronokkan, terasa begitu mencabar sekali...mandi laut dan makan tengah hari di atas bot memang sesuatu yang begitu indah sekali, apatah lagi dapat bergaul dengan pelancong dari pelbagai negara...
~ Satu hari berada di atas air (bot) menyeronokkan but amat lar memenatkan...kami sampai ke hotel penginapan kira2 jam 5 petang dan sebelah malamnya kami telah 'ronda2' sekitar kawasan, agak menakutkan gak, pelbagai jenis manusia dan pelbagai ragam dapat dilihat....
3rd day

~ Begitu cepat masa berlalu dan tiba masanya untuk pulang ke tanahair...setelah breakfast dan check out hotel, kami dibawa 'city tour'. kami telah dibawa ke tempat2 pelancongan di Phuket, antaranya Gems Gallery, Kuil tertua di Phuket & salah satu pusat perindustrian iaitu Cashewnuts Factory....
~ 'GOOD BYE PHUKET', kappunkap....kami meninggalkan Phuket dengan pelbagai kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan, insyaallah jika diizinkan dan dimurahkan rezeki maybe kembali lagi...tepat jam 0745 pm, pesawat MAS telah membawa kami pulang ke Kuala Lumpur dengan meninggalkan Phuket yang begitu indah sekali ciptaan-Nya

2 comments:

  1. waaaa...bestnya g phuket!!! lost bila la leh lepas g sana....apapun semoga berbahagia tuk kalian...

    ReplyDelete
  2. kantoi disini... waaaaaaaaaaaaaaaaaaa g phuket x cite ..dush3!!!

    ReplyDelete