Saturday, July 18, 2009

~ morning2


~ Seawal jam 0457 pagi, aku dikejutkan dari lenaku yang penjang dengan kehadiran message dari 'si dia', hati tertanya, awalnya dia bangun...ku cuba mencari kembali lenaku yang hilang sebentar tadi dengan memejamkan mataku, sayup2 ku dengar suara seseorang yang amat ku kenali pemiliknya...lantas, volume laptopku dibesarkan, 'si dia' sedang ke udara rupanya, terasa segar sikit mataku mendengar suaranya yang kedengaran seperti keletihan sahaja, mesti dalam kengantukan tu ;))

~setelah hampir 3 jam menyambung lena yang terputus, aku terjaga kira2 jam 8 pagi...teringatkan 'si dia', miss him so much, bila lar dapat berjumpanya lagi....
tiada kata secantik bahasa,
nak kucurahkan rasa hatiku.
tiada gambar seindah lukisan,
nak kutunjuk perasaanku.
tiada bahasa seindah puisi,
nak kucurahkan apa yang terpendam di hati.
tiada cahaya seindah bulan,
nak kuberi misalan pada harga sebuah cinta.
tiada gula semanis madu,
nak kubayangkan rasa rinduku padamu.
tiada rasa sedalam cinta,
hanya iringan sejernih linangan air mata.

1 comment:

  1. peh...siap ada madah!! best2!! pandai ye ciklis bermadah....hikhikhik

    ReplyDelete