Sunday, July 12, 2009

~ Sesuatu yang indah....


25 Nov '08

~ bermulanya hari baru dalam hidupku, begitu cepat masa dirasakan but penantian tetap satu penyiksaan...seksa menantikan waktu untuk bertemu dengannya...dengannya? siapakah gerangan 'si dia'...let me story to u about 'si dia'....

~ 'dier' yang aku maksudkan adalah orang yang paling aku sayang, his the only one, the only one yang aku sayang, paling bermakna dalam hidupku...whose that?
~ di sini biarlah aku kenalkan si dier dengan 'sayang'...itu memang gelaran yang aku berikan kepadanya...perkenalan dengan sayang adalah kenangan yang paling indah dalam hidupku, hampir setahun kini perkenalanku dengannya but terasa dah terlalu lama aku mengenalinya...
~ bagaimana mengenalinya? sudah semestinya melalui cyber, internet...setelah setahun berada di negara orang, kehidupan aku berubah sama sekali, terasa begitu membosankan, jauh dari teman2 dan keluarga tersayang, hingga lar satu hari aku dikenalkan dengan dunia chatting dan seterusnya kepada dunia 'yahoo massenger'...satu persatu kawan aku kenali termasuk lar 'sayang' yang pada mulanya hanya menjadi kawan aku untuk berbual...setiap hari tidak lepas aku berbual dengannya, if aku tidak menyapanya terlebih dahulu dah tentu dia yang akan menyapaku dulu...kehidupan aktifku dengan dunia 'yahoo messenger' berterusan dengan aktiviti2 yang kami jalankan sehingga tertubuhnya 'sakoz community'....
~ 'sakoz community'? let me story about sakoz community...SAKOZ adalah sebuah group yang terbentuk selepas berlangsungnya sebuah gathering yang dianjurkan oleh kami, kawan2 di 'yahoo messenger' pada 20 & 21hb Oct '07 di Kayns Resort, Port Dickson.....


~ satu persatu aktiviti yang dijalankan oleh sakoz group...mengenali Lost_29, Snake_dius7, Raja Ego, Nur Hayatie, Jai_zakrir, Universal abe & anozsdp brutal telah membuat kehidupanku berubah, aku menjadi lebih ceria dengan lawak dan jenaka dier org, hilang segala kebosanan yang aku rasakan sebelum ini...persahabatan yang telah tercipta antara kami begitu bermakna sekali...hari ke hari tali persahabatan tersebut menjadi lebih erat, segala masalah dikongsi bersama walaupun kadangkala perselisihan faham berlaku, sudah seperti adik beradik...
~ 'Campfire' adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh sakoz group...di sini lar telah mengeratkan perhubunganku dengan sayang...biarlah di sini aku ceritakan sedikit sebanyak macam mana bermulanya hubunganku dengan sayang...


~ satu hari pada bulan May yang lalu, setibanya aku di KLIA, aku telah disambut oleh sayang seperti yang dijanjikan sebelumnya...pertama kali bertemu dengannya, hurms...handsome gak orangnya, sepanjang perjalanan untuk bertemu dengan yatie, sayang tak henti2 berbual, happy go lucky orangnya, tak putus2 gelak dan tak lekang senyum aku dibuatnya, hilang segala kerisauan & kesedihan yang dirasakan sebelumnya....
~ sepanjang malam aku, sayang dan yatie menghabiskan masa dengan bermain bowling dan makan malam bersama...keesokkan harinya kami telah bertemu dengan ahli sakoz yang lain...jumaat 9hb May '08, kami telah bertolak ke Lata Kinjang, Perak untuk campfire tersebut but last minute tempat untuk campfire tersebut telah ditukar ke Kuala Woh...selama 3 hari 2 malam berlangsungnya campfire tersebut, bermacam2 aktiviti yang dijalankan, memang seronok sekali aku rasakan kerana sebelum nie tidak pernah aku menyertai mana2 campfire, almaklum lar sebelum nie mana ader aku diizinkan oleh engku n bonda untuk menyertai mana aktiviti luar, cian kan...sepanjang campfire tersebut juga aku dan sayang seperti belangkas memang tak pernah berpisah but waktu tido memang lar berpisah dan kami juga asyik menjadi bahan usikan rakan2 yang lain...memang caring orangnyer sayang nie, sentiasa mengambil berat tentang diriku, terasa diri disayangi...
~ Ahad 11hb May, masanya untuk berpisah, tamat sudah campfire, pelbagai kenangan manis dikongsi bersama, memang tak dapat dilupakan...sebelum ke destinasi masing2, sempat gi kami ke Cameron Highlands dan bermalam di sana, walaupun semua tu tiada dalam schedule kami, biasa lar kadang2 ahli2 sakoz nie memang suka buat sesuatu di luar jangkaan, last minute decision...12hb, pagi2 gi kami bertolak untuk pulang...sampai di bawah, masing2 telah buat keputusan untuk mandi-manda di Kuala Woh lak, aduhai, ader jer lar dier org nie...but aku dengan sayang telah buat keputusan untuk terus pulang ke kl kerana ader keja yang perlu di settlekan....


~ setelah berpisah dengan sayang, rindu padanya mula terasa, teringat segala kenangan bersamanya, gelak tawanya...telefon menjadi tempat kami untuk mengeratkan lagi persahabatan kami, cam pasangan kekasih lak but kami hanya sahabat ketika itu...
~ 14hb, satu tarikh yang begitu indah sekali dalam hidupku, sayang telah meluahkan perasaannya padaku yang memang aku sendiri tidak menjangkakannya dan dari tarikh tersebut sayang telah menjadi insan yang paling aku sayangi...
~ hari ke hari kehidupan aku menjadi begitu indah dengan kehadirannya, hilang segala kesedihan yang aku rasakan sebelum nie...sikap penyayang dan caringnya itu membuatkan aku rasa begitu disayangi, 'love u sayang'....


~ begitu lar sedikit sebanyak yang boleh aku storykan about sayang dan aku berdoa agar hubungan kami berpanjangan dan tiada halangan...sayangku kepadanya melebihi segalanya dan aku tak sanggup kehilangannya seperti mana yang aku alami sebelum mengenalinya...

~ hurmms...mana sayang nie, janji nak online....

SERIBU TAHUN


Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini
Biar berputar ke arah selatan
Ku tak putus harapanSedia setia
Relaku mengejarmu
Seribu batu jauh lagi
Tapi benarkah kakiku
Kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Terbelah gelombang lautan
Ku masih setia
Adakah engkau tahu Ini cinta
Adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya
Relaku menunggumu
Seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup
Aku kan selama ini…
Yeah…
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia
Jangan putus harapan


Sedia setia…



~ bestkan lagu nie, penuh makna...inilah lagu yang dipopularkan oleh Imran Ajmain, kepada sesiapa yang tak tau...lagu nie juga menjadi salah satu lagu favourite sayang dan lagu nie juga yang selalu dimainkannya untukku...wahhh!!! terasa romantiknya :">

1 comment:

  1. wah!!lomentik....hik hik hik....semoga berbahagia....amien..

    ReplyDelete