Thursday, December 9, 2010

~ Alhamdulillah, setelah seminggu lebih berada di hospital, kini aku dibenarkan keluar, hari yang ku nantikan, terasa seperti setahun berada dalam tahanan dan baru kini ku tahu betapa sakitnya menjadi seorang pesakit...ditemani bonda dan engku membuatkan aku merasa sungguh terharu dengan kasih sayang yang mereka berikan, walaupun jauh beribu batu mereka sanggup melalui semuanya itu demi kasih terhadap anaknya ini, thanks engku, thanks bonda...love both of you.

~ Dalam kegembiraan dapat kembali semula ke kediaman ku dan berada dalam kasih sayang engku dan bonda, hatiku merasa sedih dan pilu, sedih dan pilu kerana orang yang paling aku sayang tiada di sisi, tiap saat dan waktu aku menantikan khabar darinya tetapi semuanya hanya angan-angan kosong ku sahaja...berdoa dan memohon kepada Allah agar keajaiban berlaku, menantikan khabar darinya, namun kini aku tahu aku sudah hilang dari ingatan dan hatinya, dibuang dan dilupakan begitu sahaja...hati merintih setiap waktu merindukannya, rindu yang semakin hari semakin menyeksa jiwaku...aku sendiri tidak tahu macam mana untuk aku hilangkan semua itu, semakin ingin dilupakan semakin ia datang menyeksa hari-hari ku, hari-hari yang terpaksa aku lalui tanpa dirinya...tak pernah sekali terfikir yang aku akan melalui dugaan yang sebegini hebat dan tidak pernah sesekali terlintas difikiran yang aku akan disakiti sebegini sekali...Ya Allah, adakah ini takdir-Mu untuk menguji kesabaran dan ketabahanku...aku pasrah dan redha jika ini ujian-Mu untuk diriku

No comments:

Post a Comment